Sunday, January 2, 2011

RINDU!!!!!!!

Kini ku kesepian,
Melayari hari demi hari berganti,
Tanpa khabar citra,
Tanpa senyum tawa,
Membuatku terlambung dalam ombak ganas,
Yang ku gelarnya,
Rindu..............


Sungguh batinku menjerit derita,
Dihangat api merah membara,
Kelopak mataku kekadang bertakung,
Pabila pawana rindu menyapaku,
Membisikkan memori lama......

Aku kini kerinduan.
Senyuman rapi temanku,
Wajah kudsi adikku,
Membahagiakan hari-hari indah bersama,
Demi sebuah jambatan kasih,
Biarpun atma sesekali merintih,
Mampukah tautan hati terus bersemi,
Atas nama Ilahi......

Ya Allah,ku mohon......,
Kau tautkanlah hati-hati ini,
Kau kekalkanlah mawaddah yang sudah terpatri,
Agar ianya terus kembang melingkar,
Hingga ke taman syurga firdausi,
Kerna ku yakin janjimu,
Buat hambanya yang berkasih keranamu..,
Ya Tuhanku!!!!!!

1 comments:

syukcool14 said...

smart ar... suke2... rindu sape nie??? hehehe

Post a Comment