Friday, December 31, 2010

DI MANA MASJID DI HATIKU????




Masjid ??? Ya inilah tempat yang paling best di dunia.Kenapa ???? Mari kita telusuri bersama...buka hati buka mata Insya-Allah anda dapat merasainya sebab saya pun sudah merasainya....Ayuh!!!
   Pertama sekali saya ingin ceritakan pengalaman saya di sekolah yang saya cintai iaitu SMAP Kajang.Di sinilah saya kenal erti Islam yang sebenar,erti persahabatan,erti kehidupan....Namun kebanyakan pengalaman ini saya dapat di satu tempat yang di gelar masjid.Masjid AL-EHSAN telah menyimpan banyak ceritera saya x kisah lah sedih mahupun gembira.Semuanya sudah terlakar di sini..Waktu saya form 1dan 2,kami ada khalaqah,usrah dan taklim petang di sini.Lihat masjid menjadi tempat saya mengukuhkan pengetahuan agama saya dan secara tidak langsung kepimpinan.Namun,waktu form 5,adalah saat kemuncaknya.Kenapa??? Sebab setiap malam saya akan studi di masjid same kawan2x terutamanya waktu nak exam sebab saya rasa inilah tempat paling bes klu nak doa dan lagi satu saya rasa badan dipermudahkan tuhan untuk bangun qiamullail.Lagi satu perkara yang menarik ialah di sini titian ukhwah terbina atas dasar islam.Saya berjumpa sahabat yang betul2x membantu saya dalam hidup di sini.Dan di sinilah tempat yang menyaksikan hati saya terbuka untuk mengambil seorang adik angkat.Saya masih teringat kata2x ketua form 5 iaitu saudara Naim,"Jika korang nak ubah diri korang ,ubahlah diri bermula dari masjid".Maka di sinilah semua tajdid yang ingin dilakukan.Titislah air mata anda di sini demi mengharapkan pengampunan tuhan dan demi sebuah jalinan kasih sayang yang bernama ukhwahfillah.........
       Mari kita lihat sorotan sejarah pula,sewktu Rasulullah berhijrah ke Madinah ,bangunan pertama yang didirikan oleh rasulullah adalah masjid...Kenapa???? Kerna di sinilah segalanya bermula.....Kalau kita lihat pula mengapakah Allah mewajibkan lelaki islam yang sudah baligh untuk menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu?? Pada hemat saya salah satu kebaikannya ialah mengajak umat islam untuk hadir ke masjid .Jikalau kita selak hadis rasulullah juga ada bersabda bahawa sesiapa yang pergi ke masjid pagi dan petang,maka Allah akan menyediakan untuknya hidangan di syurga setiap kali dia pergi dan balik.Lihatlah!betapa pemurahnya Allah terhadap hambanya.Wahai kawan pernah x anda merasa ketenangan dan semangat untuk melakukan ibadah di masjid berbanding melakukannya di rumah???Jika x pernah maka cubalah sekali, anda pasti merasa kelainannya...Lagi satu saya ada terbaca satu perumpamaan yang mana adakah kamu ingin 27 ekor lembu gemuk atau 27 ekor kambing kurus?? Ini bermakna solat jemaah di rumah di samakan dengan 27 ekor kambing kurus manakala solat jemaah di masjid di samalan dengan 27 ekor lembu gemuk...Mana satu yang anda akan pilih????
     Wahai semua pembaca,buka mata buka hati,lihat cubalah cek diri anda dimanakah letaknya masjid di hati anda.Ingatlah sebuah hadis rasulullah yang bermaksud tempat yang disukai Allah adalah masjid.Maka apa tunggu lagi AYUH!!!! kita sama2x imarahkan masjid.Jangan baru dah tua baru nak penuhkan rumah Allah...Selagi nyawa masih ada gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya supaya anda tidak akan menyesal dikemudian hari....Ok lah sampai disini dahulu.Dan ingatlah kata2x ini ISLAHKANLAH HATI ANDA!!!!

Salam Pertama...

Salam semua,sebenarnya sudah lama saya tidak menulis.Mungkin faktor SPM membuatkan saya sibuk sehingga x dapat update blog sendiri.Tapi x pe Insya-Allah selepas ini saya akan sentiasa menulis blog sbb saya rasa lepas ini saya free.Harap semua boleh menghayati mesej yang ingin dibawa terutamanya sahabat-sahabat saya,adik-adik saya dan yang mengenali diri saya.Walaupun ianya x seberapa namun nawaitunya tetap sama berkongsi ceritera,pengalaman dan sedikit ilmu buat tatapan semua.Mungkin ini langkah pertama saya untuk bergiat dalam bidang penulisan.Kerana apa saya menulis?????sebabnya ianya juga adalah cabang dakwah..Maka kita harus perjuangkan bersama.Demi Islam,demi agama kita yang tercinta.Ayuh muslimin dan muslimat!!!ISLAHKAN hati anda!!!!