Seusainya solat kebetulan ada sedikit tazkirah yang disampaikan oleh pak imam.Hatiku berbunga.Sudah lama aku tak duduk mendengar tazkirah sebegini.Tika itu memoriku mengimbau kenangan indah bersama-sama rakan seperjuangan di alma mater.Rindu sungguh!!!
Bagiku tajuk yang ingin disampaikan hari ini sungguh menarik terutamanya kepada golongan remaja seperti aku yang masih meraba-raba apakah erti nya cinta sejati...Tajuk mauduknya ringkas iaitu resepi cinta Ibnu Athaillah.Ayuh kita selaminya bersama................
Sidang hadirin sekalian, Ibnu Athaillah pernah mengungkapkan dalam kitabnya bahawa tidak ada yang dapat mengusir syawat atau kesenangan dunia selain rasa takut kita kepada Allah sehinggakan mampu menggetarkan jiwa atau rasa rindu kita kepada Allah yang boleh membuatkan hati kita merana!!!!.Ingatlah,kita memang tidak dapat mengelakkan diri kita disapa hembusan hangatnya cinta.Dan sedarlah bahawa cinta pada permpuan yang bukan isteri kita adalah syawat dan cinta kepada seorang lelaki yang bukan suami kita juga adalah syawat. Sebaiknya kita keluarkannya dari hati kita ini secepat yang mungkin daripada terus mengotori sekeping hati yang kita miliki.Dan sesungguhnya perasaan itu memang sukar untuk kita keluarkan atau kita usirkan melainkan kita memiliki dua perkara iaitu;
- Rasa cinta kita kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan dinding hati.Sehingga di hati kita hanya timbul kecintaan yang mendalam kepada Allah,maka yang selainnya akan dengan sendirinya lenyap dan terusir seperti hembusan angin meniup pepasir di padang tandus.
- Rasa kerinduan kita kepada Allah yang maha dahsyat sehingga membuatkan diri kita terpenjara merana.Andai kita berasa merana kerana rindu kita kepada Allah maka kita tidak mungkin merana kerana cinta kita pada yang lain.Andai fikiran kita sudah sibuk memikirkan Allah maka tiada masanya lagi otak kita ligat berfikir mengenai yang lain.
0 comments:
Post a Comment