Showing posts with label ISLAH HATI. Show all posts
Showing posts with label ISLAH HATI. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Warkah Ibunda


       Wahai anakku, warkah ini ku hulurkan untukmu agar kau mengerti satu perkara yang aku amat menyanyangimu. Sejak dikau masih dalam kandunganku , aku sentiasa setia mengendongmu kemana jua aku berada.Sembilan bulan itu bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Ketika aku semakin sarat aku bermohon kepada tuhan di permudahkanlah segala urusanku. Pabila saat kau dilahirkan, aku dapat menatap wajahmu kemerahan yang masih suci dalam fitrah menangis tidak mengerti. Kau tercipta ke dunia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Sungguh berat tanggungjawab mu itu. Tatkala itu hatiku berbunga mekar keriangan. Pada hari itu aku sudah bergelar seorang ibu. Ibu mana tidak bahagia melihat anaknya yang suci itu merengek meminta simpati. Hauskan belaian seorang ibu. Pabila aku memelukmu dengan penuh kehangatan curahan kasih sayang, kau berhenti menangis. Malahan kau tertidur nyenyak dalam belaianku. Alangkah bahagianya hatiku ketika itu.Dengan susu dari badanku ini juga kau telah membesar dengan pantas.Dari merangkak kau mula bertatih berjalan, tanpa disedari kau sudah boleh berlari.
     
      Ketika usia mu  lima tahun aku menyikat rambutmu kemas, aku menggosok bajumu , aku menyediakan sarapanmu. Kerana hari ini adalah hari pertama kau bersekolah. Teringat lagi waktu itu kau mengangis tidak mahu ke sekolah. Akhirnya belaianku dan pujukanku membuatmu  tega untuk hadir kesekolah jua. Setiap kali pulang dari sekolah, sudah tentu kau akan berceloteh. Aku sangat suka mendengar ceritamu. Kaulah menjadi hiburan kepadaku tatkala hatiku bersedih. Kaulah yang membuatku terus gagah bekerja di luar batasanku. Kau jugalah yang membuatku terus gagah menghadapi segala mehnah.Kau sungguh bijaksana anakku. Sentiasa berusaha untuk berjaya. Aku kagum dengan usahamu. Biarpun sesekali kau nakal namun aku tetap menyanyangimu. Maafkan aku anakku jika ibumu ini ada terkasar bahasa denganmu dahulu, ada terguris hatimu yang sehingga kini masih berbekas.Aku tidak berniat menyakitimu. Namun itulah hati seorang ibu, mahu melihat anaknya berjaya. Mahu melihat anaknya menjadi anak yang soleh. Tidak pernah di hatiku merasa benci ketika aku menasihatimu Cuma niatku hanyalah untuk  mendidikmu  menjadi insan yang sempurna. Sekali lagi ibumu ini ingin meminta maaf kepadamu.
    
    Aku rasa masa belalu begitu pantas. Kau kini sudah menjadi seorang jejaka yang gagah dan kacak seperti bapamu. Aku pula semakin hari semakin tidak berdaya. Jika dulu kulitku licin namun hari ini kedutan mula memenuhi. Jika dulu aku pantas bekerja kini aku lemah tak berdaya. Usiaku kini sudah diambang senja. Ayahmu pula sudah lama menyahut seruan ilahi . Kini tinggallah aku sendiri bersama lautan memori. Kau pula sudah menjadi orang hebat di kota. Aku sanggat berbangga menjadi ibumu. Dikaca-kaca televisyen dan muka-muka akhbar sering memperkatakan tentangmu. Ketika aku melihat wajahmu hatiku bercampur baur gembira dan sedih bergabung menjadi satu perasaan yang tak menentu.
   
     Wahai anakku yang disayangi apabila aku sudah tu aku harap kau memahami dan sabar ketika bersama aku. Andainya nanti aku terpecahkan mangkuk mahal belianmu atau tertumpahkan sup di atas meja harapnya kau tidak akan memarahi aku. Orang tua hatinya sensitif. Hatinya mudah terguris apabila dimarahi.Ingat lagi tak dahulu kau pernah pecahkan mangkuk kesayanganku namun aku tidak pernah memarahi mu kerna aku tahu kau tidak sengaja.

     Wahai anakku , andai ketika itu telinga aku sudah mula tidak kedengaran dan aku tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba kau ungkapkan, harapnya kau tidak memanggilku “pekak!”. Kau ulang semulalah kata-katamu itu atau kau tuliskannya di atas kertas agar aku dapt membacanya.
   
    Wahai anakku maafkan ibumu ini kerna menyusahkanmu ,ibumu ini semakin tua dan tidak berdaya.Apabila lutut dan sendiku sudah tidak bermaya, harapnya kau sabar membantu aku bertatih ,andai aku jatuh bangunkanlah aku kembali…….Ingat lagi tak waktu kecil-kecilmu anakku kau mula belajar berjalan, baru beberapa langkah kau sudah tersungkur, kau menangis sekuat-kuatnya, siapa lagi kalu bukan aku ibumu yang memujukmu dan melatih mu berjalan dengan tegap.
  
    Wahai anakku apabila aku mula bertanya soalan yang sama berkulang kali kepadamu seperti pita rakaman, janganlah kamu marah kepadaku. Masih kah kau ingat ketika kau melihat burung yang hinggap di dahan pokok kau bertanya kepadaku apakah nama burung itu berulang kali biarpun aku sudah menjawabnya berulang-ulang kali. Namun aku tidak pernah marah kepadamu kerana waktu itu kau mahu belajar sesuatu.
   
    Wahai anakku tahanlah jua bau badanku yang hamis ini….di kala usia ini aku berasa sangat sejuk untuk mandi dan sejuk itu tidak baik untuk kesihatanku. Harapnya kau tidak memaksaku. Janganlah kau merasa jijik mencium wajah ibumu ini walaupun wajahku tidak secantik dulu. Kini kulitku penuh dengan seribu kedutan. Biar sebusuk mana ibumu ini, inilah satu-satunya ibumu di dunia ini. Kau tidak dapat menggantikannya dengan yang lain.

     Wahai anakku jika kau ada masa terluang harapnya kita dapat berborak bersama, bercerita seperti kau pulang sekolah dahulu. Biarpun dalam waktu yang singkat. Aku amat menantinya. Kini aku bersa sunyi tanpa teman bercerita. Hanya kepada kaulah anakku ingin aku luahkan perasaanku yang terbuku ini. Aku tahu kau sangat sibuk dengan kerjamu. Adakah kau masih ingat ketika kau bercerita tentang sekolahmu dan rakan-rakanmu aku sentiasa menjadi pendengar yang setia .

      Wahai anakku jika satu masa nanti aku sudah terdampar di katilku tanpa mampu bergerak kemana-mana, harapnya kau mengambil berat tentangku. Janganlah malu menjaga ibumu ini , belailah aku seperti mana aku membelaimu di kala kau masih kecil. Sisirlah rambut seperti mana aku pernah menyisir rambutmu. Pada waktu itu aku sangat mengharapkan bantuanmu.Aku minta maaf andai aku terkencing diatas katil sehingga menyebabkan rumahmu menjadi busuk. Aku harap kau sabar dalam menjaga ku ketika saat-saat akhir nyawaku ini.Hidupku ini sudah tidak lama lagi. Tunggu masa malaikat akan mencabut nyawaku.

     Ketika itu aku sangat-sangat berharap kau berada di sisi ku. Mengajarkan di telingaku kalimah tauhid.La ilahaillallah…….Genggam eratlah tanganku agar aku kuat mengahadapi saat kematian.

    Wahai anakku aku amat menyayangimu …..Maka janganlah sesekali kau  lupakan ibumu yang semakin tua ini…….


   

Thursday, September 22, 2011

Hakikat Sebuah Kecantikan.


Sering kali kita memperkatakan tentang kecantikan. Hari ini seolah-olah satu perlumbaan bagi syarikat-syarikat kecantikan mengeluarkan produk mereka. Dan tampaknya masyarakat juga berselera dengannya dan boleh diumpakan produk ini seperti pisang goreng panas ketika ini. Ada yang sanggup mengorbankan ribuan ringgit malahan ada juga sehingga angka jutaan semata-mata inginkan sebuah kecantikan. Malangnya ada yang tidak berhasil.Wajah seperti biasa.Tiada perubahan. Ketika itu mulalah rasa kecewa dan hampa. Suami mula menjauhi. Jodoh masih belum menghampiri. Saat itulah syaitan mula menyelinap senyap dalam kalbu seorang insan. Syukur sudah tidak berada di atma. Yang ada Cuma satu persoalan kenapa Allah  jadikan aku tidak secantik mereka. Kenapa Allah tidak ciptakan wajahku secerah sang suria. Kenapa dan terus kenapa? Namun persoalannya  apakah itu kecantikan sebenarnya?Adakah semua orang mengerti?

TAFAKUR BERSAMA ALAM

Ketika aku melihat samudera nan membiru,aku kagum atas ciptaannya. Sangat indah. Namun pabila ku hadir semula ke lokasi itu, di tempat yang sama aku lihat wajah samudera tidak seindah dulu.Aku menatap dengan penuh syahdu lautan yang dulunya tenang kini dikocakkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak budiman. Lautan dikotori oleh minyak-minyak dan sampah-sampah. Ketika itu aku mula terfikir kecantikan itu boleh hilang rupanyanya.Bagaimana?

DEFINISI CANTIK MENGIKUT TEMPAT DAN BUDAYA

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better. Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di 

Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

CANTIK ITU SUBJEKTIF

Junjungan besar kita juga ada berpesan Allah itu cantik dan Allah itu suka akan kecantikan. Jadinya sudah tentu secara fitrah Allah tidak akan ciptakan manusia dalam keadaan yang tidak cantik dan tidak indah. Namun apa yang perlu kita fahami  sekarang ialah di mana letaknya sebuah kecantikan itu. Apa yang cuba saya sampaikan di sini ialah cantik itu ialah satu bidang yang sangat subjektif. Kepada orang yang beriman cantik itu di sisinya ialah orang yang memperhambakan dirinya kepada tuhan. Bagi orang yang berakhlak, mereka akan kata kan orang yang tinggi nilai budi dan akhlaknya sewajarnya digelar cantik. Pada pandangan insan yang melihat kecantikan dari sudut luaran ataupun jasadi maka mereka akan melihat sebuah kecantikan itu diukur kepada cantiknya seri wajah dan bentuk badan yang diimpikan. Semua itu terpulang dari sudut mana kita ambil,dari aspek apa kita inginkan. Namun hakikatnya Allah telah berpesan dalam Al-Quran ,iaitu orang yang paling baik adalah orang yang yang paling bertakwa kepadaku. Maka terpulang kepada hati dan diri untuk menilai dimana letaknya sebuah kecantikan.

JANGAN PELIK

Pabila tiba majlis perkahwinan, orang mahu melihat siapakah gadis suntingan. Cantikkah? Siapa pula jejaka idaman. Hensemkah? Tika  kita melihat sering kali kita terkejut akan pilihan mereka. Bila melihat si wanita, alangkah cantiknya seindah bidadari di taman syurga namun si suami tidaklah segagah jejaka dari kayangan. Perkara itu lumrah kerna jodoh itu ditangan tuhan. Dan Allah menyampaikan firmannya dalam alkitab Furqan, lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat pula untuk wanita yang jahat . Semua itu di bawah kekuasaanya. Di bawah lembayung qada’ dan qadarnya.

HAKIKAT SEBUAH KECANTIKAN

Cukupkah hanya sekadar wajah yang manis? Pada hematku jika indah rupa namun kotor akhlaknya…bukanlah ia dikatakan sebuah kecantikan.Itulah sebabnya sering kita melihat baru berkahwin sudah berpisah.Sedangkan isterinya tidak kalah sama seperti puteri kayangan. Ayuh kita ubah persepsi cantik itu  melalui ukuran teguhnya iman, cerlangnya akhlak bukanlah hanya wajah semata-mata. Kecantikan luaran itu hanya sebagai bonus tambahan sahaja. Apa istimewa cantik tapi tak bahagia. Lebih baik kurang cantik namun baik akhlaknya dan hidup ceria dan bahagia di samping rakan dan keluarga.

Hakikatnya cantik itu subjektif. Mata yang melihat, hati yang menilai.Cuma bagiku cantik = iman + akhlak+ rupa(bonus). Jadi terpulang pada anda untuk menilai hakikat sebuah kecantikan.


Wednesday, July 27, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

"Allahumma Ballighna Ramadhan......Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan " 

Beberapa hari lagi menjelang tibalah bulan Ramadhan. Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan ? Ini yang perlu kita teliti dan fahami............

 Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga.....Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar……

Sudah tentu bagi si abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan. Manakan tidak ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya. Di kala zaman Rasulullah  seorang sahabat bertanya : “Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya”. (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua’b al-Iman: 3450) 

Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknya sering lalai dan lupa. Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa……Kita dapat lihat sendiri di negara kita ini…..Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan. Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman namun tidur yang diimpikan. Namun di sini sebenarnya saya ingin katakan bukan semuanya masyarakat Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi …inilah yang terjadi......

Jika begitu dimana kemeriahan Ramadhan ? Di mana keindahan nya? Adakah ia terletak pada makanan …Atau ganjaran pahalanya? Ayuh kita fikirkan bersama………
  
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun…Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti….Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja?? Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya ,bukan?….Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan  kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari…kita tidak tahu detik bila  kematian kita …Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita………Ayuh jangan lepaskannya!!!!!!!!!!

Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.

Pertama, awasi dirimu agar sentiasa  menjaga perkara wajib dan fardhu. Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman. Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.

Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat. Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan . Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah. Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai  bualan  dan amalkan sedekah yang berterusan.

Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerna ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulumu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik…Janganlah kalian pelik….kerna ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.


Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalannya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti  lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan. 

Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang  masih buta akal dan mata hatinya…..Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala …Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan…Andai kita mengkaji kita akan mengerti…semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai…MENGAPA MASIH ADA MANUSIA YANG MENDUSTAKAN??????





Di bulan yang berkah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar….Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah…Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar  namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Moga-moga artikel ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan…Alangkah indahnya Ramadhan jika begini……..


Wednesday, March 2, 2011

Resepi Cinta Ibnu Athaillah......

    Cuaca tika senja ini sungguh indah,sekawan burung riang berterbangan di layar angkasa, agaknya baru pulang dari mencari rezeki desis hatiku.Mentari pula mula menyorokkan diri bagi memberikan peluang sinar sang rembulan menjelma..."Subhan-Allah banyak sungguh nikmatmu mengapa manusia masih mendustakan???"luah batinku.Tiba-tiba seruan azan mula berkumandang sayup2x menandakan waktu maghrib sudah tiba.Tanpa berlengah terus ku bawa diriku ini sujud pada pencipta .
  Seusainya solat kebetulan ada sedikit tazkirah yang disampaikan oleh pak imam.Hatiku berbunga.Sudah lama aku tak duduk mendengar tazkirah sebegini.Tika itu memoriku mengimbau kenangan indah bersama-sama rakan seperjuangan di alma mater.Rindu sungguh!!!
   Bagiku tajuk yang ingin disampaikan hari ini sungguh menarik terutamanya kepada golongan remaja seperti aku yang masih meraba-raba apakah erti nya cinta sejati...Tajuk mauduknya ringkas iaitu resepi cinta Ibnu Athaillah.Ayuh kita selaminya bersama................
   Sidang hadirin sekalian, Ibnu Athaillah pernah mengungkapkan dalam kitabnya bahawa tidak ada yang dapat mengusir syawat atau kesenangan dunia selain rasa takut kita kepada Allah  sehinggakan mampu  menggetarkan jiwa atau rasa rindu kita kepada Allah yang boleh membuatkan hati kita merana!!!!.Ingatlah,kita memang tidak dapat mengelakkan diri kita disapa hembusan hangatnya cinta.Dan sedarlah bahawa cinta pada permpuan yang bukan isteri kita adalah syawat dan cinta kepada seorang lelaki yang bukan suami kita juga adalah syawat. Sebaiknya kita keluarkannya dari hati kita ini secepat yang mungkin daripada terus mengotori sekeping hati yang kita miliki.Dan sesungguhnya perasaan itu memang sukar untuk kita keluarkan atau kita usirkan melainkan kita memiliki dua perkara iaitu;
  1. Rasa cinta kita kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan dinding hati.Sehingga di hati kita hanya timbul kecintaan yang mendalam kepada Allah,maka yang selainnya akan dengan sendirinya lenyap dan terusir seperti hembusan angin meniup pepasir di padang tandus.
  2. Rasa kerinduan kita kepada Allah yang maha dahsyat sehingga membuatkan diri kita terpenjara merana.Andai kita berasa merana kerana rindu kita kepada Allah maka kita tidak mungkin merana kerana cinta kita pada yang lain.Andai fikiran kita sudah sibuk memikirkan Allah maka tiada masanya lagi otak kita ligat berfikir mengenai yang lain.
   Wah sungguh menarik kata imam tersebut.Terkesan sungguh sehingga mencecah lubuk dasar hatiku..Sekarang baru ku sedar bahawa cinta kepada manusia bukanlah seindah yang disangka kerana mungkin akan membawa kepada perpisahan tetapi cinta  kepada Allah sudah semestinya kekal abadi.Begitulah tazkirah yang ringkas tetapi meninggalkan sisa positif dalam hatiku.Ingatkan tukang masak je ade resepi yang hebat rupanya pemikir islam dahulu lebih hebat dan hangat resepinya.Begitulah resepi cinta Ibnu Athaillah seorang ahli sufi...

Sunday, February 27, 2011

Pengajaran Dalam Ujian...

    Aku teringat kata-kata sahabatku Syukri ketika aku bersedih,Amirul,Allah turunkan petir dan hujan kemudian Allah hiaskan langit dengan keindahan pelangi...kekadang apa yang kita suka x baik untuk kita,tetapi apa yang kite x  suka itulah hakikatnye yg baik untuk kite...terima kasih sahabatku atas nasihat itu.
    Waktu zaman kanak-kanak dahulu sewaktu aku ditimpa demam panas ,aku merasakan yang Allah x sayangkan aku lagi,namun akak aku pernah berpesan itu adalah sebagai penghapus dosa aku sebenarnya supaya tidak mendapat azab yang lebih pedih di hari akhirat kelak.Namun sesekali hati ini kekadang memberontak tika ditimpa berbagai masalah dalam hidup aku terutamanya apabila menginjakkan kaki di sekolah menengah...tiada ibuku untuk aku mencurahkan perasaan hanya Allah tempat ku beradu..... manik-manik kaca dari kelopak mataku ini sesekali mengalah tika dahi mencecah tikar sejadah di hening malam ketika ramai manusia tertidur..aku mengadu kepada pencipta kenapa kau timpakan aku berbagai musibah????Astaghfirullahalazim,Amirul kenapa kau menyalahkan takdir tuhan???kenapa kau tidak bersyukur????Tika itu aku teringat satu baris ayat dalam al-mathurat yang menjadi amalanku sejak di smap kajang..iaitu Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....Lantas terus aku menginsafi diriku yang hanya sebagai hamba cuba melawan takdir tuhan...
    Ada tiga sebab Allah menguji hambanya:
  1. Kifarah-ujian untuk orang baik yang berbuat jahat supaya dengan ujian itu dapat memberi peringatan kepadanya.
  2. Bala-ujian keatas orang yang berbuat jahat seperti mana sejarah pernah menghikayatkan Firaun yang ditenggelamkan di laut merah,Namrud yang dibunuh nyamuk dan Qarun yang ditelan bumi.
  3. Ibtila'-Ujian keatas orang baik yang berbuat baik supaya terbukti keimanannya kepada Allah seperti yang terjadi kepada Bilal bin Rabbah dan Sumayyah yang memperjuangkan syahadahnya.
 

Thursday, February 10, 2011

Mulakanlah....

   Tika ku duduk bersendirian di tepi jendela otakku ligat berfikir mencari dan menerokai solusi terbaik untuk mengelakkan diri dan membina kubu ampuh daripada panahan sang iblis dan sekutunya syaitan . Namun jika aku hanya menatap keindahan fatamorgana sahaja sudah tentu sukar untuk aku mencari jalan keluar bagi permasalahan ku ini.Lantas aku merasakan dengan membaca sudah tentu aku mampu mencari titik penyelesaiannya...Sedang aku meneliti buku-buku dirumahku...tiba-tiba aku terlihat sebuah buku yang bertajuk APA ERTINYA SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM...Tanpa berfikir panjang aku mengambil buku itu dan menghempaskan badanku ini di atas kamar katilku yang empuk...lalu membelek satu persatu muka suratnya...Akhirnya aku berhasil menemui kunci bagi permasalahan ku  ini...Rupa-rupanya dengan hanya satu kalimah kita mampu melakukannya..

Tuesday, February 1, 2011

Cintailah Kerana Allah......



Sungguh cinta itu amat indah namun sering ianya dihiasi dengan perbuatan maksiat sehinggkan mahkota yang harus dipertahankan tergadai dek kerakusan nafsu liar yang tidak dikawal.Cinta itu adalah fitrah manusia yang hidup sayang-menyayangi tapi awas perlu berlandaskan syariat islam agar tidak terlajak haluan......

Wednesday, January 19, 2011

NAFSU KAU MUSUHKU!!!!!

Walaupun diri ini mengerti nafsu itu adalah musuh utama..........
Namun kenapa diri ini masih tidak mampu mengawalnya dengan sebaiknya........
kekadang jiwa ini tersungkur diheret hambatan  nafsu yang begitu ganas......
kekadang batin ini selalu ditipu oleh janji manis dari ungkapan indah sang nafsu...
YA ALLAH ku mohon pada malam yang hening ini....

Wednesday, January 5, 2011

HIDUP UNTUK MEMBERI.........

Salam semua...Pada kali ini saya nak  bawa satu isu yang sangat menarik...Nak tahu?????? JOM.....
      Waktu saya kat SMAP KAJANG dulu saya ada terbaca satu isu di solusi yang betul2x mengusik jiwa dan raga saya iaitu isu HIDUP UNTUK MEMBERI.Saya rasa isu inilah yang banyak mengubah persepsi saya terhadap perbuatan memberi sesuatu kepada orang lain.Sewaktu kaki mula-mula melangkah kaki di bumi tarbiyah ini saya jenis orang yang takut untuk memberi...Kenapa????? Mestilah takut duit habis klu belanja orang,makanan tak cukupla nak makan...nanti klu aku ajar dia dalam pelajaran aku pula yang tertinggal kat belakang....klu aku beri kat die siapa pula nak bagi kat aku......Nanti dia gembira aku pula sedih.Begitulah kebiasaannya situasi apabila kita hendak memberi bukan?????..Wahai kawan sebenarnya itu hanya sekadar persepsi diri sedangkan hakikatnya memberi bukan mengurangkan bahkan akan menambahkan.Jika kita renungkan orang yang berjaya 'biasa2x' ialah orang yang membawa hanya dirinya seorang diri,sedangkan orang yang berjaya pada tahap luar biasa pula ialah orang yang membawa orang2x lain berjaya bersamanya."NO MAN BECOME RICH UNLESS HE ENRICHES OTHERS".
        Waktu kat sekolah dulu saya begitu kagum dengan seorang murabbi yang betul2x ikhlas memberi khidmat tanpa sedikit keluhan walaupun dibebani dengan pelbagai masalah.Beliau sentiasa menawarkan senyuman manis kepada pelajarnya ketika mengajar,sering menjadi pendengar setia kepada masalah pelajar.Dia tidak pernah meminta jasanya di balas.Waktu kami SPM dulu beliau sering memberi 'nasi lemak' kepada kami.Dalam kumpulan nasyid sekolah kami  beliaulah nadi penguat kumpulan.Beliau sering memberi sokongan moral dan semangat untuk kami meneruskan aktiviti nasyid ini. Biarpun kami dihentam oleh guru-guru lain beliau tetap setia berdiri di belakang kami dengan meniup api semangat ke dalam jiwa kami.Sering kali beliau membawa makanan  waktu kami berlatih dan paling besnye beliau belanja kami pizza sebab kami juara open Rabbbani...Sungguh saya begitu kagum dengannya....Dialah Cikgu Hajar...seorang insan pemberi...
      Mari kita lihat sirah Rasulullah pula,sejarah merakamkan bahawa Rasulullah adalh insan yang paling agung.Jika kita imbas kembali kehidupan Rasulullah kebanyakan kehidupannya adalah untuk tujuan memberi.Bagin da bukan sahaj memberi ketika waktu senang bahkan waktu susah juga. Terdapat juga orang arab berkata, Rasulullah memberi tanpa takut akan kekurangan.Sebuah hadis daripada Abu Hurairah berkata bahawa Nabi bersabda yang bermaksud" Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun dua malaikat yang satu malaikat berdoa,'Ya Allah berilah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya.Sedangfkan malaikat yang kedua berdoa,'Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil."
    Kalau kita lihat kisah Henry Ford,iaitu seorang tokoh pencipta kereta yang bercita-cita ingin melihat ramai orang memiliki kereta.Tetapi cita-citanya tidak dipersetujui oleh pelaburnya yang pertama.Henri Ford berfikir bagaimana hendak memberi,sedangkan pelaburnya memikirkan sebaliknya.Henry Ford berfikir bagaimana hendak membuat kereta dengan kos yang murah dan dijual dengan harga yang murah supaya ramai orang yang mampu memilikinya.Lalu dia mencari pelabur yang lain.Apabila ditemuinya,kereta mula dibuat dengan kos yang rendah dan dijual dengan harga yang murah.Akhirnya,ramai orang yang mampu membelinya.Rugikah Henry Ford??? Tidak,dia mendapat semula apa yang diberikannya.Benarlah,what you give,you get back!!!
      Wahai kawan apa tunggu lagi,marilah memberi.Ingatlah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaatkepda orang lain"Renungkan juga kata2x himah ini" WE make a living by what we get but we make a life by what we give-kita membina hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan."Ayuhlah kawan,berilah harta,jiwa,masa,tenaga anda jika masih tidak mampu cukuplah sekadar senyuman.....MARILAH MEMBERI!!!!!ISLAHKANLAH HATI!!!!!

Friday, December 31, 2010

DI MANA MASJID DI HATIKU????




Masjid ??? Ya inilah tempat yang paling best di dunia.Kenapa ???? Mari kita telusuri bersama...buka hati buka mata Insya-Allah anda dapat merasainya sebab saya pun sudah merasainya....Ayuh!!!
   Pertama sekali saya ingin ceritakan pengalaman saya di sekolah yang saya cintai iaitu SMAP Kajang.Di sinilah saya kenal erti Islam yang sebenar,erti persahabatan,erti kehidupan....Namun kebanyakan pengalaman ini saya dapat di satu tempat yang di gelar masjid.Masjid AL-EHSAN telah menyimpan banyak ceritera saya x kisah lah sedih mahupun gembira.Semuanya sudah terlakar di sini..Waktu saya form 1dan 2,kami ada khalaqah,usrah dan taklim petang di sini.Lihat masjid menjadi tempat saya mengukuhkan pengetahuan agama saya dan secara tidak langsung kepimpinan.Namun,waktu form 5,adalah saat kemuncaknya.Kenapa??? Sebab setiap malam saya akan studi di masjid same kawan2x terutamanya waktu nak exam sebab saya rasa inilah tempat paling bes klu nak doa dan lagi satu saya rasa badan dipermudahkan tuhan untuk bangun qiamullail.Lagi satu perkara yang menarik ialah di sini titian ukhwah terbina atas dasar islam.Saya berjumpa sahabat yang betul2x membantu saya dalam hidup di sini.Dan di sinilah tempat yang menyaksikan hati saya terbuka untuk mengambil seorang adik angkat.Saya masih teringat kata2x ketua form 5 iaitu saudara Naim,"Jika korang nak ubah diri korang ,ubahlah diri bermula dari masjid".Maka di sinilah semua tajdid yang ingin dilakukan.Titislah air mata anda di sini demi mengharapkan pengampunan tuhan dan demi sebuah jalinan kasih sayang yang bernama ukhwahfillah.........
       Mari kita lihat sorotan sejarah pula,sewktu Rasulullah berhijrah ke Madinah ,bangunan pertama yang didirikan oleh rasulullah adalah masjid...Kenapa???? Kerna di sinilah segalanya bermula.....Kalau kita lihat pula mengapakah Allah mewajibkan lelaki islam yang sudah baligh untuk menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu?? Pada hemat saya salah satu kebaikannya ialah mengajak umat islam untuk hadir ke masjid .Jikalau kita selak hadis rasulullah juga ada bersabda bahawa sesiapa yang pergi ke masjid pagi dan petang,maka Allah akan menyediakan untuknya hidangan di syurga setiap kali dia pergi dan balik.Lihatlah!betapa pemurahnya Allah terhadap hambanya.Wahai kawan pernah x anda merasa ketenangan dan semangat untuk melakukan ibadah di masjid berbanding melakukannya di rumah???Jika x pernah maka cubalah sekali, anda pasti merasa kelainannya...Lagi satu saya ada terbaca satu perumpamaan yang mana adakah kamu ingin 27 ekor lembu gemuk atau 27 ekor kambing kurus?? Ini bermakna solat jemaah di rumah di samakan dengan 27 ekor kambing kurus manakala solat jemaah di masjid di samalan dengan 27 ekor lembu gemuk...Mana satu yang anda akan pilih????
     Wahai semua pembaca,buka mata buka hati,lihat cubalah cek diri anda dimanakah letaknya masjid di hati anda.Ingatlah sebuah hadis rasulullah yang bermaksud tempat yang disukai Allah adalah masjid.Maka apa tunggu lagi AYUH!!!! kita sama2x imarahkan masjid.Jangan baru dah tua baru nak penuhkan rumah Allah...Selagi nyawa masih ada gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya supaya anda tidak akan menyesal dikemudian hari....Ok lah sampai disini dahulu.Dan ingatlah kata2x ini ISLAHKANLAH HATI ANDA!!!!