Monday, April 25, 2011

SABAR YE ADIKKU...



“KEHILANGAN ITU WAJIB TERJADI KEPADA INSAN BERNYAWA,KERANA HIDUP INI HANYA PINJAMAN,YANG KEKAL HANYALAH DI ALAM SANA…”
         Pagi ini langit menampakkan wajah suramnya,cahaya mentari menyorok kesedihan,beburung memainkan melodi rindu….semuanya  nampak suram hari ini.Kelihatan seorang anak kecil bermata biru riang bermain di halaman rumah.Langsung tidak mengendahkan suasana hiba pada pagi itu.Seorang remaja belasan tahun pula asyik termenung di tangga sambil melihat adiknya bermain riang .Matanya kelihatan berair menakungkan manik-manik kaca namun dia terus menggahahi dirinya daripada menitiskannya….Kemudian,anak kecil itu cuba mendekati abangnya yang kelihatannya sedang melayan persaan hiba…
“Abang,kenapa abang sedih ni?Abang rindu ayah,ya….”soal anak kecil itu.”Tidaklah!!!!Abang saja je duduk dekat tangga ni sambil melihat keindahan alam ciptaan tuhan,”satu perasaan hati yang cuba diselindungkan dalam lubuk hati  abangnya itu…
“Abang,sebenarnya Udi  ada satu soalan .Dah lama Udi nak tanya abang ?Cuma abang asyik sibuk belajar je akhir-akhir ni…tak naklah ganggu….”..”Baiklah,ape dia adikku sayang..abang setia mendengarnya…”
“Abang,kenapa Allah ambil ayah????Sedangkan,Udi masih perlukan belaian dan kasih sayang daripada seorang ayah.Allah memang jahat ya.Allah tak nak tengok Udi hidup bahagia.Dekat sekolah pagi-pagi ,Udi selalu lihat kawan-kawan Udi semua dihantar oleh ayah mereka,tapi Udi  je jalan kaki sorang-sorang…..Kenapa Allah tak adil??????????? Udi tak pernah tinggalkan solat..Udi tak pernah lawan cakap ayah..Kenapa Allah ambil ayah juga??..Allah memang tak adil !!!!!”.Satu luahan hati yang sangat memberontak dalam jiwa anak kecil itu.Lalu mengalir perlahan manik-manik kaca daripada pelupuk mata anak kecil di pipinya..Dengan tenang abangnya menjawab…
“Wahai adikku sayang,tak baik cakap macam tu…Allah sayangkan adik,Allah itu sangat adil!!!...Cuba adik imbas sirah Rasulullah..Baginda tidak pernah mendapat belaian kasih seorang ayah ..Kenapa Allah buat begitu,sedangkan Rasulullah itu merupakan kekasih Allah???Sebabnya,Allah tahu hambanya itu mampu mengharunginya.Sebab Allah tahu adik adalah insan terpilih….Dik hidup kita ni sementara sahaja.Allah lebih sayangkan ayah.Allah mahu beri ayah mahligai indah  di syurga yang kekal abadi,”
“Abis tu sape nak sayang adik???Adik sedih semua orang ada ayah..Bila raya dapat baju raya baru,dapat cium tangan ayah,dapat solat sama-sama dengan ayah…Tapi adik tak sempat nak rasa itu semua..Adik sedih…”Balas adiknya  dan terus memeluk hiba abangnya…
“Dik,Allah hadirkan kita hujan,tetapi Kemudian Allah sinarkan alam dengan pelangi.Semua itu adalah takdir.Kita tidak boleh melawan takdir tuhan.Sesungguhnya,Allah tahu yang terbaik untuk hambanya.Setiap ujian pasti ada kemanisan..setiap musibah pasti  ada hikmah.Yakinlah dengan seyakin-yakinnya.Adik kita yang masih hidup ini mesti teruskan perjuangan.Kita orang susah dik.Belajarlah pandai-pandai..agar berguna kepada agama ,bangsa dan Negara.”Luah abangnya .
“Baiklah bang,adik akan cuba menjadi setabah karang di lautan,biarpun ombak mengganas adik akan setia berdiri kukuh menangkuh segala rintangan….Doakan adik mampu menghadapinya…”
      Pagi itu pepohon hijau ,beburung di awan serta pondok kecil menjadi saksi segalanya.Saksi ketabahan seorang anak kecil bersama abangnya  mengharungi lautan duka kehilangan ayahanda tercinta…Bersabarlah adikku,masa hadapan gemilang akan bersamamu….Di pondok kecil itu  kisah hiba bermula…
DI PONDOK KECIL….
Dipondok kecil di pantai ombak,,
Berbuih putih beralun-alun.

Disuatu hari ayah berkata,
Jaga adik mu, ayahkan pergi jauh,
Ku pandang wajah ayah, dahinya ku cium,
air mata mengalir hatiku pilu.

Diam-diamlah sayang, jangan menangis,
Doakan ayah semoga diterima,
Diam adik ku sayang, jangan menangis,
Andai ayah gugur, doakan dia syahid.

Selamat berjuangan ayah tercinta,,
Kau pergi dulu ayah ke medan juang,
Ku iringi doa moga Berjaya,
Beroleh kemenangan demi agama Islam,

Wahai abang ku kemana ayah???
 Ku sayang ayah,
Ku cinta ayah …

Duhai adik ku sayang jangan bersedih,
Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi,
Tapi ingatlah adik ku pesanan ayah,
Berjuang dan berkorban walau dimana jua.

Pada Mu Tuhan aku bermohon,
Dosa ayah ku minta diampunkan,,
Berilah rahmat bantulah dia ,
Untuk menegakkan agama Islam .

Thursday, April 21, 2011

Pengalaman first interview!!!!

          
            Alhamdulillah,selesai jua interview aku yang pertama ni,iaitu majlis agama islam negeri Sembilan(mains)  ke mesir dalam bidang perubatan…Mula-mula perasaan tu gemuruh la sikit tetapi lama-lama dapatla handle ngan baik…..Tetapi memanglah kejayaan itu tidak akan datang bergolek,kejayaan itu tidak akan tiba tanpa hadirnya kesusahan terlebih dahulu…satu pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi kepada semua….tidak kisah yang telah  diinterview atau yang bakal ditemuduga.
     Aku punya temuduga bermula sekitar jam 11 pagi iaitu sesi kedua.Oleh sebab itu,setelah dirancang dengan begitu rapi aku pun bertolak tepat jam 8.45…sebab jika  diikutkan  dari rumah aku ke seremban kalau ikut bukit tangga  dengan menaiki kereta hanya sekitar 1 jam setengah.Namun malangnya,satu malapetaka telah menimpa diri aku.Di pertengahan jalan tiba-tiba tayar kereta ayah aku bocor.Jadi terpaksalah aku dengan berpakaian kemasnya dengan bertie..keluar membantu ayah aku menukar tayar kereta.Ramai lak tu tengok..segan sangat!!!! Habis berpeluh satu badan aku dibuatnya..Betullah  kita hanya mampu merancang dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.Sebijak mana pun perancangan kita kalau Allah tidak izinkan maka perkara itu tidak akan terlaksana.
  Nasib aku baik…aku dapat juga hadir ke tempat temu duga tu pukul 10.45…walaupun tersasar sedikit dari perancangan..Setelah 1 jam menunggu akhirnya tibalah pula giliran aku …sewaktu masuk itu aku lihat ada 4 orang panel di depan aku..satu tips yang diberikan berilah salam terlebih dahulu kemudian minta izin untuk duduk.Untuk diringkaskan cerita…aku buatlah point supaya mudah untuk diikuti
    Panel 1(tentang pelajaran):
·         Kenapa kamu ingin belajar di luar Negara????
=Jawapan aku ,aku cakap sekarang ini kita bukan sahaja ingin inginkan graduan yang cerdik pandai,namun kita memerlukan graduan yang berketerampilan dan mempunyai pengalaman yang luas untuk bekerja satu hari nanti…Kemudian ada seorang panel ini tidak berpuas hati dengan jawapan aku ..dia cakap tak kukuh..Aku cakap yang kedua adalah disebabkan aku ingin menguasai bahasa arab dan dapat menuturkannya  dengan fasih kerana disana masyarakatnya majoriti menggunakan bahasa arab..so,mudahlah  untuk mengusai bahasa arab  di sana…dengan slumber nye ahli panel yang keempat bidas aku..dia cakap kat uia pun boleh practice b.arab….Lepas tu dia pun cakaplah jawapan yang dia kehendaki iaitu …apabila kita belajar perubatan di timur tengah kita bukan sahaja merujuk kepada buku tetapi kita juga akan merujuk kepada al-quran …itulah kelebihan lepasan doktor timur tengah berbanding lepasan doktor negara lain…..
Panel kedua(tentang pengetahuan am)
·         Siapakah menteri dan timbalan menteri kesihatan?
·         Apakah isu semasa dalam beberapa hari ini?(klu boleh bercakap berkaitan isu kesihatan)
·         Nyatakan rukun negara yang keriga?
·         Siapakah ketua Negara Malaysia?
·         Siapakah ketua agama negeri Sembilan?

Panel ketiga(berkaitan agama)
·         Apakah definisi solat,puasa,zakat dan haji?
·         Apakah perbezaan sunat haiat dan abad?
·         Berikan contoh darurat dalam islam?
·         Dalam akidah ada berapa mazhab?adakah anda mengamalkan jabariah atau kodariah?soalan pqs do…saje je nak uji aku padehal dua2x tu mazhab akidah yang salah..
·         Apakah kepentingan 20hb ini bagi anda??kemudian dia suruh aku nyanyi lagu berkaitan 20 hb…sengal2x aku main hentam je lagu die lirik merapu…ha2x lawak…
·         Bolehkah vaksin babi digunakan untuk para haji yang ingin ke Mekah???
Panel keempat(bahasa arab)
·         Dia beri aku teks  arab ,pas tu die suruh aku bace .kemudian ikut suka hati die je nak berhenti kat mane..and then die suruh aku terangkan apa yang aku faham tentang petikan tu(sebaik boleh jawab)
·         Yang las ni paling mencabar bagi aku..sebab dia suruh berdebat dalam bahasa arab…dia sebagai kerajaan dan aku sebagai pembangkang….pernyataan die yang telah diterjemahkan ke dalam dalam bahasa melayu berbunyi macam  ni la…sebagai pihak kerajaan saya merasakan menghantar pelajar keluar Negara menghabiskan beras je…Pas tu die suruh aku berdiri dan bagi hujah untuk bidas dia punya  pernyataan..Blur jugak la mula2x yela dah lama tinggalkan arab kan..tapi setelah dibantu beberapa kali akhirnya aku berjaya jugak..Jawapan die aku cakap dekat mesir pelajar2x makanan utamanya ialah roti,jadi bagaimana boleh menghabiskan beras…penemuduga tu cakap kekadang kita tidak perlu bagi hujah intelektual sangat..bagi bodoh2x sikit pun boleh…
Sebelum aku keluar tiba-tiba seorang panel panggil aku dan sambil bersalam dia cakap…tahniah!!!!saya harap anak saya nanti  baik macam awak…wah besnye kena puji..lepas tu dia cakap kenapa tak masuk imam muda…muka dah ada dah…ha2x lawak sengal!!!terkejut aku dibuatnya…ye la waktu tu aku pakai kemeja ngan songkok…apapun aku puas hati dan  syukur temuduga aku tadi berjalan dengan baik..sedikit pesanan buat teman apabila kita tidak tahu akan sesuatu perkara itu cakaplah tidak tahu…dan  janganlah berasa takut sebab yang temuduga kita tu manusia jugak…Tapi papun good luck untuk sape yang akan ditemuduga..Ingat,innallahu mangana..Allah sentiasa berama kita…..
  

Wednesday, April 20, 2011

SUKARNYA SAAT BERPISAH...


“JIKA SANGGUP DATANG MESTI SANGGUP PULANG ,BERTEMU TIDAK JEMU,BERPISAH TIDAK GELISAH, JIKA SEMUANYA KERANA ALLAH”
          Wahai kawan,wahai sahabat,wahai teman..sesungguhnya saat perpisahan itu pasti tiba jua.Sememangnya,kita datang  tidak diminta,kita pulang tidak diduga.Bila sanggup hidup,mesti sanggup mati.Bila sanggup datang mesti sanggup pulang.Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan.Tujuan kita kesini untuk diuji…tiba masanya pasti kembali!!!!!
         Mengapa kita terlalu enggan untuk berpisah???? Nikmat sangatkah dunia ini???Padahal senang dan susah silih berganti,suka dan duka datang dan pergi.Kata mereka yang arif tentang kehidupan.......
“Manusia lahir bersama tangisan,dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”
         Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki??? Tidak ada bukan.Justeru,marilah kita hidup berpada-pada.Hiduplah sebagai musafir lalu. Yang singgah bagaikan dagang di rantau orang.Hatinya tetap merindui kampung halamannya.Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi jambatan.Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara.Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya  sudah  berada  diseberang.
          Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi  kesenangan . Selepas tertawa, sudah tentu akan menyusul air mata .Selepas nestapa,pasti sinar harapan menjelma.Allah memberi kita terang untuk bersyukur dan Allah berikan kita kegelapan untuk kita  bersabar.
            Ayuh!!ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri.Allah tidak akan jemu dengan taubat hambanya selagi kita tidak berputus harap padanya.Tempuhilah jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah.Genggamlah bara perjuangan biarpun pernah dihentam ribut dan taufan.Jangan mengalah.Kau tidak akan kalah selagi kau tidak mengalah…
            Mari kita luruskan jalan menuju tuhan dengan tulusnya hati sesama  insan.Elakkan hasad ,jauhi ngumpat.Jika kita tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik,banyakkanlah diam.Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat,cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat.Jika tidak mampu menambah,janganlah mengurang.Jika tidak mampu menjulang ,janganlah menghalang.Ingat selalu kata hukama’:
“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan,janganlah jadi lalat yang membusukkannya.”
        Sesungguhnya,mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada kehidupan yang lebih sejati dan hakiki.Mati itu hanya proses perpindahan-dari alam dunia kealam  barzakh.Sama seperti kelahiran-proses perpindahan dari alam rahim  kealam dunia.
          Ya,kalau sanggup datang mesti sanggup pulang.Hati sewajarnya sentiasa berasa bertemu tak jemu,berpisah tak gelisah.Bukankah kita bertemu untuk berpisah???? dan berpisah untuk bertemu??Semoga impian kita mengejar syurga firdausi tercapai!!!!