Saturday, July 9, 2011

Musafirku Di Bumi Iran......



     Sudah lama dah x update blog.Berhabuk bersawang dah blog aku ni. Setelah bergelar sisiwi ni terasa pula kesibukannya. Walaupun tidak dikongkong seperti di sekolah menengah dulu tapi nampaknya urusan kali ini lebih berat.Kau perlu belajar untuk lebih berdikari.Jika dulu jadual harian sudah ditetapkan tapikini bergantung pada imansama ada ingin memilih jalan kebaikan atau keburukan.Jika dulu semua disuapkan tapi kini kau sendiri yang buat kajian. Tapi tak pelah semakin besar semakin hebat cabarannya, semakin tua semakin banyak pengalamannya .Yang penting jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Kali ini entri aku berkisar pengalaman hidupku selama aku berada di bumi Iran.Dah lama dah sebenarnya akupergi Iran tapi baru hari ini tergerak untuk berkongsi cerita dan pengalaman.
Bumi Iran dikenali sebagai Negara syiah.Dan buat pengetahuan semua seorang pemikir hebat dan bapa perubatan Islam iaitu IbnSina atau dikenali sebagai Aviccena juga pernah tinggal di situ. Jadi sememangnya kembara aku di bumi Iran ini membuka satu lembaran baru buat diriku.

Tanggal 12 Februari
Tanggal 12 Februari aku tiba di bumi Iran.Setibanya di Airport aku sudah dapat merasa hembusan bayunya yang menghembus lembut sehingga menggigit tulang belulangku iaitu cuaca ketika itu sekitar 6 darjah celcius.Selepas itu kami terus bergerak menaiki sebuah coaster ke Dizin. Buat pengetahuan semua Dizin merupakan sebuah pergunungan yang diselaputi oleh ais dan merupakan satu destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi andai anda berkunjung ke bumi Iran. Sepanjang perjalanan aku dapat melihat panorama yang begitu mempesonakan terutamanya buat pertama kalinya aku dapat melihatdengan mata kasaraku sendiri keputihan salju yang hanya aku pernah lihat di kaca televisyen.Istimewanya perjalananaku kali ini adalah kerana ketika dalam perjalanan salji turun dari langit seolah-olah gula kapas menaburi permukaan bumi. Sebenarnya situasi ini jarang-jarang berlaku dan kami antara golongan yang bertuah.Pada hari yang pertama kami tidak banyak melakukan aktiviti kerana cuaca amat sejuk dan masih lagi berasa keletihan selepas perjalanan yang panjang. Pada hari itu kami lebih banyak menghabiskan masa dengan sesi fotografi.


13 Februari 2011
belajar main ski
gambar ramai-ramai
anak buah aku-damia
anak buah aku-ayuni
Buat pertama kalinya aku belajar bermain ski.Satu permainan yang agak meletihkan bagiku.Walaupun agak sukar untuk mengawalnya tetapi sangat seronok!!!! Apapun mungkin ini adalah kali pertama dan yang terakhir aku bermain ski….Namun malangnya biarpun keletihan pada malamnya, mataku sukar untuk dilelapkan. Hal ini disebabkan oleh tekanan udara yang sangat rendah yang menyebabkan aku sukar untuk bernafas.

14 Februari 2011
ini snowmannye
Hari ini cuaca tidak sesejuk biasa namun masih terasa kedinginannya. Pada petang hari aku melayan kerenah anak buahku yang beria-ia untuk membuat‘snowman’.Walaupun padawaktu itu sudah pukul 4.30 p.m menandakan cuaca semakin sejuk.Akhirnya berbekalkan kesabaran kami Berjaya juga menyiapkan snowman yang tidaklah secantik mana namun terasa kepuasannya.Dan hari ini adalah hari terakhirku di Dizin. Esok aku akan menjelajah ke negeri Esfahan pula.

15 Februari 2011
-jambatan khurji-
jambatan pada waktu malam
Aku menujuke Esfahan pada hari ini.Sepanjang perjalanan ku menghayati dan terpesona dek keindahan gunung-ganang dan aliransungai yang diciptakan tuhan.Kami bergerak ke Esfahan menaiki pesawat yang berlepas dari ibu negara Iran iaitu Tehran.Setibanya kami di airport Esfahan kami terus disambut mesra oleh pemandu pelancong kami di sini iatitu pakcik Zahedi.Tanpa berlengah kami terus menuju kedestinasi perlancongan pertama iaitu monumen yang direka dan dicipta kira-kira 1000 tahun yang lalu.Corak binaan dan rekaan monument itu melambangkan Iran yang sebenar.Seterusnya kami bergerak pula kejambatan khurji yang bermaksud jambatan kaya. Kebetulan pada waktu itu delegasi dari Turki yang diketuai oleh perdana menterinya iaitu Abdullah Gul telah tiba di situ.Disebabkan itu kami tersekat dalam kesesakan jalan raya.Tepat jam 7.00 petang kami tiba di apartment kami.Besar sungguh.Sebelum melelapkan mata ,aku sempat berjalan-jalan sekitar Bandar Esfahan untuk membeli makanan(kebab turkey). 

16 Februari 2011
imam square
palace Abbas
Satu hari suntuk aku berjalan melawat Bandar Esfahan yang kaya dengan tradisi dan sejarahnya yang tersendiri.Banyak monumen-monumen dan tinggalan sejarah yang dapatdilihat seperti Imem square dan Palace Abbas .Kami juga sempat melihat kebun-kebun buah disitu dan sempat mendengar penerangan tentang karpet yang sememangnya terkenal di Iran. Hari ini adalah hari terakhirku di Esfahan selepas ini aku akan berkunjung ke ibu negeri Iran iaitu Tehran.

17 Februari 2011
-masjid utama orang syiah-
Satu perjalanan yang panjang. Kali ini kami bergerak ke Tehran dengan hanya menggunakan van kerana kami ingin sebentar di dua buah Bandar di Iran iaitu Kashan dan Qom. Amat bosan melihat sekeliling yang hanya terdapat padang pasir sangatberbeza dengan Malaysia yang penuh dengan warna kehijauan.Di Kashan kami dapat melihat rumah lama orang Iran manakala di Qom pula kami dapat pergi ke masjid yang merupakan bagi orang Iran sebagai tempat ibadah yang utama selain Makkah. Di situ kami dapat melihat bagaimana orang syiah bersembahyang dan cara mereka melawat kuburFatima(pelik).Satu lagi setiap perumpaan yang masuk mesti memakai sekurang-kurangnya selendang sebagai penutup kepala dan orang yang bukan beragama islam tidak boleh masuk ke kawasan ini. Selepas berjam-jam berjalan akhirnya sampai juga kami di bumi Tehran.

18 Februari 2011
di depan palace
Hari ini adalah hari terakhirku di negara Iran.Di Tehran kami hanya dapat melawat dua tempat sahaja selainya dihabiskan dengan bershopping.Tehran sangat sesak bagiku.Apapun pengalaman baru di bumi Iran ini benar-benar membuka satu pandangan baru aku terhadap negara Iran.Namun walaupun aku berasa seronok tapi aku dapat merasakan Malaysia lebih bes!!!! Benarlah pepatah melayu ada mengatakan hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. I LOVE MALAYSIA……..

0 comments:

Post a Comment