Wednesday, October 5, 2011

Warkah Ibunda


       Wahai anakku, warkah ini ku hulurkan untukmu agar kau mengerti satu perkara yang aku amat menyanyangimu. Sejak dikau masih dalam kandunganku , aku sentiasa setia mengendongmu kemana jua aku berada.Sembilan bulan itu bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Ketika aku semakin sarat aku bermohon kepada tuhan di permudahkanlah segala urusanku. Pabila saat kau dilahirkan, aku dapat menatap wajahmu kemerahan yang masih suci dalam fitrah menangis tidak mengerti. Kau tercipta ke dunia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Sungguh berat tanggungjawab mu itu. Tatkala itu hatiku berbunga mekar keriangan. Pada hari itu aku sudah bergelar seorang ibu. Ibu mana tidak bahagia melihat anaknya yang suci itu merengek meminta simpati. Hauskan belaian seorang ibu. Pabila aku memelukmu dengan penuh kehangatan curahan kasih sayang, kau berhenti menangis. Malahan kau tertidur nyenyak dalam belaianku. Alangkah bahagianya hatiku ketika itu.Dengan susu dari badanku ini juga kau telah membesar dengan pantas.Dari merangkak kau mula bertatih berjalan, tanpa disedari kau sudah boleh berlari.
     
      Ketika usia mu  lima tahun aku menyikat rambutmu kemas, aku menggosok bajumu , aku menyediakan sarapanmu. Kerana hari ini adalah hari pertama kau bersekolah. Teringat lagi waktu itu kau mengangis tidak mahu ke sekolah. Akhirnya belaianku dan pujukanku membuatmu  tega untuk hadir kesekolah jua. Setiap kali pulang dari sekolah, sudah tentu kau akan berceloteh. Aku sangat suka mendengar ceritamu. Kaulah menjadi hiburan kepadaku tatkala hatiku bersedih. Kaulah yang membuatku terus gagah bekerja di luar batasanku. Kau jugalah yang membuatku terus gagah menghadapi segala mehnah.Kau sungguh bijaksana anakku. Sentiasa berusaha untuk berjaya. Aku kagum dengan usahamu. Biarpun sesekali kau nakal namun aku tetap menyanyangimu. Maafkan aku anakku jika ibumu ini ada terkasar bahasa denganmu dahulu, ada terguris hatimu yang sehingga kini masih berbekas.Aku tidak berniat menyakitimu. Namun itulah hati seorang ibu, mahu melihat anaknya berjaya. Mahu melihat anaknya menjadi anak yang soleh. Tidak pernah di hatiku merasa benci ketika aku menasihatimu Cuma niatku hanyalah untuk  mendidikmu  menjadi insan yang sempurna. Sekali lagi ibumu ini ingin meminta maaf kepadamu.
    
    Aku rasa masa belalu begitu pantas. Kau kini sudah menjadi seorang jejaka yang gagah dan kacak seperti bapamu. Aku pula semakin hari semakin tidak berdaya. Jika dulu kulitku licin namun hari ini kedutan mula memenuhi. Jika dulu aku pantas bekerja kini aku lemah tak berdaya. Usiaku kini sudah diambang senja. Ayahmu pula sudah lama menyahut seruan ilahi . Kini tinggallah aku sendiri bersama lautan memori. Kau pula sudah menjadi orang hebat di kota. Aku sanggat berbangga menjadi ibumu. Dikaca-kaca televisyen dan muka-muka akhbar sering memperkatakan tentangmu. Ketika aku melihat wajahmu hatiku bercampur baur gembira dan sedih bergabung menjadi satu perasaan yang tak menentu.
   
     Wahai anakku yang disayangi apabila aku sudah tu aku harap kau memahami dan sabar ketika bersama aku. Andainya nanti aku terpecahkan mangkuk mahal belianmu atau tertumpahkan sup di atas meja harapnya kau tidak akan memarahi aku. Orang tua hatinya sensitif. Hatinya mudah terguris apabila dimarahi.Ingat lagi tak dahulu kau pernah pecahkan mangkuk kesayanganku namun aku tidak pernah memarahi mu kerna aku tahu kau tidak sengaja.

     Wahai anakku , andai ketika itu telinga aku sudah mula tidak kedengaran dan aku tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba kau ungkapkan, harapnya kau tidak memanggilku “pekak!”. Kau ulang semulalah kata-katamu itu atau kau tuliskannya di atas kertas agar aku dapt membacanya.
   
    Wahai anakku maafkan ibumu ini kerna menyusahkanmu ,ibumu ini semakin tua dan tidak berdaya.Apabila lutut dan sendiku sudah tidak bermaya, harapnya kau sabar membantu aku bertatih ,andai aku jatuh bangunkanlah aku kembali…….Ingat lagi tak waktu kecil-kecilmu anakku kau mula belajar berjalan, baru beberapa langkah kau sudah tersungkur, kau menangis sekuat-kuatnya, siapa lagi kalu bukan aku ibumu yang memujukmu dan melatih mu berjalan dengan tegap.
  
    Wahai anakku apabila aku mula bertanya soalan yang sama berkulang kali kepadamu seperti pita rakaman, janganlah kamu marah kepadaku. Masih kah kau ingat ketika kau melihat burung yang hinggap di dahan pokok kau bertanya kepadaku apakah nama burung itu berulang kali biarpun aku sudah menjawabnya berulang-ulang kali. Namun aku tidak pernah marah kepadamu kerana waktu itu kau mahu belajar sesuatu.
   
    Wahai anakku tahanlah jua bau badanku yang hamis ini….di kala usia ini aku berasa sangat sejuk untuk mandi dan sejuk itu tidak baik untuk kesihatanku. Harapnya kau tidak memaksaku. Janganlah kau merasa jijik mencium wajah ibumu ini walaupun wajahku tidak secantik dulu. Kini kulitku penuh dengan seribu kedutan. Biar sebusuk mana ibumu ini, inilah satu-satunya ibumu di dunia ini. Kau tidak dapat menggantikannya dengan yang lain.

     Wahai anakku jika kau ada masa terluang harapnya kita dapat berborak bersama, bercerita seperti kau pulang sekolah dahulu. Biarpun dalam waktu yang singkat. Aku amat menantinya. Kini aku bersa sunyi tanpa teman bercerita. Hanya kepada kaulah anakku ingin aku luahkan perasaanku yang terbuku ini. Aku tahu kau sangat sibuk dengan kerjamu. Adakah kau masih ingat ketika kau bercerita tentang sekolahmu dan rakan-rakanmu aku sentiasa menjadi pendengar yang setia .

      Wahai anakku jika satu masa nanti aku sudah terdampar di katilku tanpa mampu bergerak kemana-mana, harapnya kau mengambil berat tentangku. Janganlah malu menjaga ibumu ini , belailah aku seperti mana aku membelaimu di kala kau masih kecil. Sisirlah rambut seperti mana aku pernah menyisir rambutmu. Pada waktu itu aku sangat mengharapkan bantuanmu.Aku minta maaf andai aku terkencing diatas katil sehingga menyebabkan rumahmu menjadi busuk. Aku harap kau sabar dalam menjaga ku ketika saat-saat akhir nyawaku ini.Hidupku ini sudah tidak lama lagi. Tunggu masa malaikat akan mencabut nyawaku.

     Ketika itu aku sangat-sangat berharap kau berada di sisi ku. Mengajarkan di telingaku kalimah tauhid.La ilahaillallah…….Genggam eratlah tanganku agar aku kuat mengahadapi saat kematian.

    Wahai anakku aku amat menyayangimu …..Maka janganlah sesekali kau  lupakan ibumu yang semakin tua ini…….


   

Thursday, September 22, 2011

Hakikat Sebuah Kecantikan.


Sering kali kita memperkatakan tentang kecantikan. Hari ini seolah-olah satu perlumbaan bagi syarikat-syarikat kecantikan mengeluarkan produk mereka. Dan tampaknya masyarakat juga berselera dengannya dan boleh diumpakan produk ini seperti pisang goreng panas ketika ini. Ada yang sanggup mengorbankan ribuan ringgit malahan ada juga sehingga angka jutaan semata-mata inginkan sebuah kecantikan. Malangnya ada yang tidak berhasil.Wajah seperti biasa.Tiada perubahan. Ketika itu mulalah rasa kecewa dan hampa. Suami mula menjauhi. Jodoh masih belum menghampiri. Saat itulah syaitan mula menyelinap senyap dalam kalbu seorang insan. Syukur sudah tidak berada di atma. Yang ada Cuma satu persoalan kenapa Allah  jadikan aku tidak secantik mereka. Kenapa Allah tidak ciptakan wajahku secerah sang suria. Kenapa dan terus kenapa? Namun persoalannya  apakah itu kecantikan sebenarnya?Adakah semua orang mengerti?

TAFAKUR BERSAMA ALAM

Ketika aku melihat samudera nan membiru,aku kagum atas ciptaannya. Sangat indah. Namun pabila ku hadir semula ke lokasi itu, di tempat yang sama aku lihat wajah samudera tidak seindah dulu.Aku menatap dengan penuh syahdu lautan yang dulunya tenang kini dikocakkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak budiman. Lautan dikotori oleh minyak-minyak dan sampah-sampah. Ketika itu aku mula terfikir kecantikan itu boleh hilang rupanyanya.Bagaimana?

DEFINISI CANTIK MENGIKUT TEMPAT DAN BUDAYA

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better. Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di 

Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

CANTIK ITU SUBJEKTIF

Junjungan besar kita juga ada berpesan Allah itu cantik dan Allah itu suka akan kecantikan. Jadinya sudah tentu secara fitrah Allah tidak akan ciptakan manusia dalam keadaan yang tidak cantik dan tidak indah. Namun apa yang perlu kita fahami  sekarang ialah di mana letaknya sebuah kecantikan itu. Apa yang cuba saya sampaikan di sini ialah cantik itu ialah satu bidang yang sangat subjektif. Kepada orang yang beriman cantik itu di sisinya ialah orang yang memperhambakan dirinya kepada tuhan. Bagi orang yang berakhlak, mereka akan kata kan orang yang tinggi nilai budi dan akhlaknya sewajarnya digelar cantik. Pada pandangan insan yang melihat kecantikan dari sudut luaran ataupun jasadi maka mereka akan melihat sebuah kecantikan itu diukur kepada cantiknya seri wajah dan bentuk badan yang diimpikan. Semua itu terpulang dari sudut mana kita ambil,dari aspek apa kita inginkan. Namun hakikatnya Allah telah berpesan dalam Al-Quran ,iaitu orang yang paling baik adalah orang yang yang paling bertakwa kepadaku. Maka terpulang kepada hati dan diri untuk menilai dimana letaknya sebuah kecantikan.

JANGAN PELIK

Pabila tiba majlis perkahwinan, orang mahu melihat siapakah gadis suntingan. Cantikkah? Siapa pula jejaka idaman. Hensemkah? Tika  kita melihat sering kali kita terkejut akan pilihan mereka. Bila melihat si wanita, alangkah cantiknya seindah bidadari di taman syurga namun si suami tidaklah segagah jejaka dari kayangan. Perkara itu lumrah kerna jodoh itu ditangan tuhan. Dan Allah menyampaikan firmannya dalam alkitab Furqan, lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat pula untuk wanita yang jahat . Semua itu di bawah kekuasaanya. Di bawah lembayung qada’ dan qadarnya.

HAKIKAT SEBUAH KECANTIKAN

Cukupkah hanya sekadar wajah yang manis? Pada hematku jika indah rupa namun kotor akhlaknya…bukanlah ia dikatakan sebuah kecantikan.Itulah sebabnya sering kita melihat baru berkahwin sudah berpisah.Sedangkan isterinya tidak kalah sama seperti puteri kayangan. Ayuh kita ubah persepsi cantik itu  melalui ukuran teguhnya iman, cerlangnya akhlak bukanlah hanya wajah semata-mata. Kecantikan luaran itu hanya sebagai bonus tambahan sahaja. Apa istimewa cantik tapi tak bahagia. Lebih baik kurang cantik namun baik akhlaknya dan hidup ceria dan bahagia di samping rakan dan keluarga.

Hakikatnya cantik itu subjektif. Mata yang melihat, hati yang menilai.Cuma bagiku cantik = iman + akhlak+ rupa(bonus). Jadi terpulang pada anda untuk menilai hakikat sebuah kecantikan.


Friday, September 16, 2011

Just Share It.

A day in the life of Iran's president Ahmadinejad
Agencies/NBC   
TEHRAN, Sep 14: Ahead of his upcoming trip to New York next week to attend the UN General Assembly, Iranian President Mahmoud Ahmadinejad allowed NBC reporter Ann Curry to accompany him on a typical working day.

WORKING OUT... Ahmadinejad sweats it out in the gym before starting his day
The senior correspondent's conclusion was that Ahmadinejad works around the clock.

After a 5 am prayer, Ahmadinejad goes out to jog with his security team, Curry reports, while waving his hands in "rocky style".

He then goes to the gym where he trains for 30 minutes, lifting weights or cycling. The Iranian leader reaches his "spacious but simple" office before 7 am, removes his shoes and scans the daily newspapers and western media outlets.

After an hour in his office, he meets Muslim clerics and addresses a conference in Tehran. By 9:40 am he boards the presidential jet, "a 50-year-old airplane, likely a result of Western sanctions" and flies to an eastern province.
POWER NAP ... The Iranian president catching up on his sleep on the floor of his office
According to his aids, Ahmadinejad often sleeps three hours a night, ending his work days at 2 a.m. They claim that even Supreme leader Ayatollah Ali Khamenei has advised him to get more sleep.

After meetings and tours near the border with Turkmenistan, he lands back in Tehran at 6:35 pm as Curry asks him what he wishes for Iran. Ahmadinejad replies, "I want the same future that I want for every nation: peace, friendship, happiness and unity."

The Iranian leader then returns to the presidential palace to hold more meetings, stops for prayer, continuing to work until midnight, when he calls it a day.
Other interesting points about the Iranian president:
  • He still brings his food to work made by his wife
  • Sleeps on the floor
  • Removed all the extravagant furniture in his office and replaced them with ordinary wooden chairs
  • Joined the municipal staff who came to clean the presidential premises
  • Still lives in the old house inherited by his father
  • Doesn't take the presidential salary, earns $250 by working as a lecturer in the university
  • Flies in economy class
  • Converted his official plane to a cargo plane to reduce government costs
  • Any minister can enter his office without permission
  • Stopped welcoming ceremonies and photo sessions
This article  I'm just copying it from Harakah Daily. Let's pray our leaders to be like him.

Wednesday, September 14, 2011

Andai Itu Takdirnya


   Andai itu takdirnya terima lah seadanya . Sudah tentu terselit hikmah disebalik musibah. Cuba kita perhatikan bunga mawar yang mekar kemerahan,sungguh cantik.Namun awas durinya mampu melukakan kita.Begitulah setiap yang indah bukannya mampu diraih dengan mudah namun perlu meredah berbagai mehnah,gunung perlu didaki lurah perlu dituruni….Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..


    Kadangkala kita sering lupa bahawa kita hanyalah hamba di bumi tuhan.Tidak layak kita membantah takdirnya.Namun kekadang tersungkur jua. Hati dalaman membentak ganas.”Mengapa tuhan????”Jika begitu cepat-cepatlah kembali kepada fitrah.Kita hanyalah seorang hamba tumpangan yang singgah sebentar menyemai amal untuk hari yang dijanjikan tuhan.Siapa berusaha dia berjaya.Man jadda wajada waman zara’a hasoda.Hasilnya berlandaskan keikhlasan dan teguhnya iman. Siapa banyak amalnya,sekelip mata lepas titian sirat, siapa kurang amal timbangannya,mungkin terjatuh di tengah perjalanan. AWAS!!!
   
    Andai itu takdirnya, katakanlah Ya Allah aku redho dengan pemberianmu.Biar setinggi mana halangan akan ku sahut,biar sejauh mana haluan,akan ku tempuh.Biar bermandi darah sekalipun akan ku berjuang hingga ke titik yang terakhir.Tidak sekali ku mengalah walaupun sesekali lelah. Indahnya jika begini wahai sahabat. Namun bukanlah semudah lafaz bicara.Hanya orang-orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa yang mampu lakukannya. Jadilah diri kita menuju kea rah itu. Insya-Allah.
    
    Lipatan sejarah terpapar. Kesusahan mengajar erti kematangan.Kegetiran mendidik  erti kecekalan.Junjungan Besar kita dari kecil di duga, kehilangan bapa ketika masih belum sempat melihat dunia,kemudian ibunya menyusul pergi ketika baginda masih memerlukan seorang ibu. Jadilah baginda yatim.Tanpa berkeluh baginda tempuh. Ketika masih dahaga curahan kasih dari datuknya,Allah telah terlebih dahulu memanggil . Tinggallah pula baginda bersama bapa saudaranya. Di situ terpapar jiwa besar baginda .Biarpun masih kecil baginda sudah bekerja.Mengembala kambing  benar-benar mendidik baginda supaya sabar dan cekal. Ini hasilnya. Baginda mampu menyebarkan Islam di bumi tuhan walau berbagai rintangan dan cabaran.. Di situlah hikmah sabar.Di situlah terselit kemanisan berjuang.Misi diimpi menjadi realiti.
    
     Lihat pula Bilal bin Rabbah si hamba habsyi.Di hatinya hanya ada tuhan.Tak sanggup menyerah demi akidah.Ahad!Ahad!Ahad!. Kemudian, Si Hamzah singa Allah.Tidak sesekali hatinya gerun .Demi Allah dan Rasulullah dia sanggup berjuang.Biar hati dilapah namun syurga yang diterjah. Sungguh Indah!!!!! Ramai lagi yang berjiwa besar. Namun mereka tetap sabar.Kerana mereka ada buah iman, mereka punya akar takwa. Sesukar mana dugaan bukan halangan. Cuma semangat yang perlu dikocakkan. Iltizam yang perlu dinyalakan. Mereka sudah membuktikan,kita bila lagi!!!

 Andai kita diuji dengan kematian orang yang kita sayangi, jangan terlalu bersedih doakanlah untuknya.Sampai masa kita pula menyusul.


Andai kita diuji dengan sebuah perpisahan,yakinlah jika kita tidak berjumpa di dunia…Insya-Allah di syurga yang kekal abadi.


Andai kita diuji dengan kemiskinan bersyukurlah kita masih lagi mampu bernafas di bumi tuhan.Jadi banyakkanlah amal supaya kita kaya di sana.


Andai kita diuji dengan kesenangan.Ucaplah Alhamdulillah akan aku agihkan rezeki tuhan kepada yang memerlukan.


Andai kita diuji dengan kesusahan janganlah goyah.Sahutlah cabaran dengan hati yang gagah kerna itu yang mendewasakan kita dalam musafir panjang.


Wahai sahabat andai itu takdirnya…Terimalah seadanya. Janganlah berkeluh lalu lumpuh.Ayuh kita semarakkan perjuangan di bumi tuhan agar kita mendapat manfaatnya di hari kemudian.Setiap musibah ada hikmah.Ubat itu pahit namun menyembuhkan.Jika ingin ke puncak mesti mendaki.Bukannya hanya merenung tanpa bertindak.Yakin akan janjinya.Tuhan tidak pernah berdusta………