Monday, January 10, 2011

Bumi Tarbiyah......

    12 Januari 2006 adalah detik keramat buat diri ini kerna pada hari itu kaki lemah ini akan melangkah ke gerbang sebeuah sekolah hebat yang bercita-cita melahirkan pemimpin masa hadapan yang bertakwa dan berkarisma....Rasa diri ini terlalu kerdil ketika dibandingkan dengan orang lain yang ketika itu kelihatan hebat2x belaka.Namun hari demi hari ku mula belajar erti kehidupan di asrama,biarpun penuh ragam dan kerenah,dihias simpulan senyuman mahupun deraian air mata,kumula mengorak langkah membentuk diri menjadi seorang manusia yang berguna buat agama dan bangsa.....Sungguh langkah tercipta bermula dari sebuah bumi tarbiyah SMAP KAJANG.......
 
Kini usiaku menjangkau 18 tahun,sungguh pantas masa berlalu tanpa kusedari ku sudah mendiami bumi tarbiyah ini selama 5 tahun....Dalam pelayaranku itu hati ini dididik dengan suasana islam yang mendamaikan yang tidak akan ku dapati di sekolah harian biasa.Di sini kami akan solat berjemaah di masjid,khalaqah bersama teman-teman seperjuangan,usrah bersama adik-adik,iftar berjemaah bersama semua pelajar,group khatam quran di bulan ramadan dan kalau diri ini ingin menyebut semuanya sungguh banyak.Namun yang pentingnya bumi ini telah mentarbiyahkan hati ini untuk menjadi lebih bercahaya untuk menerima cahaya islam yang ku dahagakan selama ini.Paling penting semua ini tidak akan berhasil tanpa usaha gigih guru2x yang sanggup berkorban masa dan tenaga serta menunjukkan qudwah hasanah kepada para pelajar demi mensahsiahkan diri pelajar menjadi insan kamil di muka bumi Allah ini....
     Disebalik semua itu organisasi BADAR telah betul-betul membimbing aku menjadi seorang pemimpin.BADAR telah membuka ruang dan peluang untuk diri ini belajar erti persahabatan hakiki,mendidik jiwa ini belajar erti pengorbanan kudsi.Jalan mujahadah ini tidak akan berjalan tanpa kesatupaduan hati dan kudrat dalam mewujudkan bi'ah islamiyah di bumi SMAP ini.Walaupun kekadang kaki tersungkur namun berkat sokongan sahabat ku gagah berdiri bangun memegang obor pengharapan demi agamaku tercinta.Kerna ku yakin janji tuhanku dan sememangnya jalan mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis."Sesungguhnya setiap kesusahn itu pasti diselangi dangan kemudahan".
     Biarpun begitu,ada sahaja yang keluar dari SMAP,membelakangkan agama Allah bahkan lebih teruk daripada pelajar luar yang tidak mendapat tarbiyah yang secukupnya.Benarlah SMAP ini ibarat sebuah kilang yang mana kekadang ada biji-biji kelapa sawit yang busuk dan gugur dalam perjalan prosesnya.SMAP adalah sekadar wadah untuk mengislahkan diri namun bergantung kepada diri sendiri sama ada ingin merebutnya atau tidak.....
     SMAP........ bumi ini hanya istimewa,kepada insan yang hadir dengan membawa hati mereka...

0 comments:

Post a Comment