Thursday, April 21, 2011

Pengalaman first interview!!!!

          
            Alhamdulillah,selesai jua interview aku yang pertama ni,iaitu majlis agama islam negeri Sembilan(mains)  ke mesir dalam bidang perubatan…Mula-mula perasaan tu gemuruh la sikit tetapi lama-lama dapatla handle ngan baik…..Tetapi memanglah kejayaan itu tidak akan datang bergolek,kejayaan itu tidak akan tiba tanpa hadirnya kesusahan terlebih dahulu…satu pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi kepada semua….tidak kisah yang telah  diinterview atau yang bakal ditemuduga.
     Aku punya temuduga bermula sekitar jam 11 pagi iaitu sesi kedua.Oleh sebab itu,setelah dirancang dengan begitu rapi aku pun bertolak tepat jam 8.45…sebab jika  diikutkan  dari rumah aku ke seremban kalau ikut bukit tangga  dengan menaiki kereta hanya sekitar 1 jam setengah.Namun malangnya,satu malapetaka telah menimpa diri aku.Di pertengahan jalan tiba-tiba tayar kereta ayah aku bocor.Jadi terpaksalah aku dengan berpakaian kemasnya dengan bertie..keluar membantu ayah aku menukar tayar kereta.Ramai lak tu tengok..segan sangat!!!! Habis berpeluh satu badan aku dibuatnya..Betullah  kita hanya mampu merancang dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.Sebijak mana pun perancangan kita kalau Allah tidak izinkan maka perkara itu tidak akan terlaksana.
  Nasib aku baik…aku dapat juga hadir ke tempat temu duga tu pukul 10.45…walaupun tersasar sedikit dari perancangan..Setelah 1 jam menunggu akhirnya tibalah pula giliran aku …sewaktu masuk itu aku lihat ada 4 orang panel di depan aku..satu tips yang diberikan berilah salam terlebih dahulu kemudian minta izin untuk duduk.Untuk diringkaskan cerita…aku buatlah point supaya mudah untuk diikuti
    Panel 1(tentang pelajaran):
·         Kenapa kamu ingin belajar di luar Negara????
=Jawapan aku ,aku cakap sekarang ini kita bukan sahaja ingin inginkan graduan yang cerdik pandai,namun kita memerlukan graduan yang berketerampilan dan mempunyai pengalaman yang luas untuk bekerja satu hari nanti…Kemudian ada seorang panel ini tidak berpuas hati dengan jawapan aku ..dia cakap tak kukuh..Aku cakap yang kedua adalah disebabkan aku ingin menguasai bahasa arab dan dapat menuturkannya  dengan fasih kerana disana masyarakatnya majoriti menggunakan bahasa arab..so,mudahlah  untuk mengusai bahasa arab  di sana…dengan slumber nye ahli panel yang keempat bidas aku..dia cakap kat uia pun boleh practice b.arab….Lepas tu dia pun cakaplah jawapan yang dia kehendaki iaitu …apabila kita belajar perubatan di timur tengah kita bukan sahaja merujuk kepada buku tetapi kita juga akan merujuk kepada al-quran …itulah kelebihan lepasan doktor timur tengah berbanding lepasan doktor negara lain…..
Panel kedua(tentang pengetahuan am)
·         Siapakah menteri dan timbalan menteri kesihatan?
·         Apakah isu semasa dalam beberapa hari ini?(klu boleh bercakap berkaitan isu kesihatan)
·         Nyatakan rukun negara yang keriga?
·         Siapakah ketua Negara Malaysia?
·         Siapakah ketua agama negeri Sembilan?

Panel ketiga(berkaitan agama)
·         Apakah definisi solat,puasa,zakat dan haji?
·         Apakah perbezaan sunat haiat dan abad?
·         Berikan contoh darurat dalam islam?
·         Dalam akidah ada berapa mazhab?adakah anda mengamalkan jabariah atau kodariah?soalan pqs do…saje je nak uji aku padehal dua2x tu mazhab akidah yang salah..
·         Apakah kepentingan 20hb ini bagi anda??kemudian dia suruh aku nyanyi lagu berkaitan 20 hb…sengal2x aku main hentam je lagu die lirik merapu…ha2x lawak…
·         Bolehkah vaksin babi digunakan untuk para haji yang ingin ke Mekah???
Panel keempat(bahasa arab)
·         Dia beri aku teks  arab ,pas tu die suruh aku bace .kemudian ikut suka hati die je nak berhenti kat mane..and then die suruh aku terangkan apa yang aku faham tentang petikan tu(sebaik boleh jawab)
·         Yang las ni paling mencabar bagi aku..sebab dia suruh berdebat dalam bahasa arab…dia sebagai kerajaan dan aku sebagai pembangkang….pernyataan die yang telah diterjemahkan ke dalam dalam bahasa melayu berbunyi macam  ni la…sebagai pihak kerajaan saya merasakan menghantar pelajar keluar Negara menghabiskan beras je…Pas tu die suruh aku berdiri dan bagi hujah untuk bidas dia punya  pernyataan..Blur jugak la mula2x yela dah lama tinggalkan arab kan..tapi setelah dibantu beberapa kali akhirnya aku berjaya jugak..Jawapan die aku cakap dekat mesir pelajar2x makanan utamanya ialah roti,jadi bagaimana boleh menghabiskan beras…penemuduga tu cakap kekadang kita tidak perlu bagi hujah intelektual sangat..bagi bodoh2x sikit pun boleh…
Sebelum aku keluar tiba-tiba seorang panel panggil aku dan sambil bersalam dia cakap…tahniah!!!!saya harap anak saya nanti  baik macam awak…wah besnye kena puji..lepas tu dia cakap kenapa tak masuk imam muda…muka dah ada dah…ha2x lawak sengal!!!terkejut aku dibuatnya…ye la waktu tu aku pakai kemeja ngan songkok…apapun aku puas hati dan  syukur temuduga aku tadi berjalan dengan baik..sedikit pesanan buat teman apabila kita tidak tahu akan sesuatu perkara itu cakaplah tidak tahu…dan  janganlah berasa takut sebab yang temuduga kita tu manusia jugak…Tapi papun good luck untuk sape yang akan ditemuduga..Ingat,innallahu mangana..Allah sentiasa berama kita…..
  

4 comments:

Ibnbakr said...

Mirul,best gler dah kena interview awal..
Mencabar gak soalan2 dia.. Taktau la kalau ana yang kena..

Sir Dr. Afiq said...

amirul..syukran!! mogamoga anta dpt yg ni jugak.hehe.

yuna aziz said...

amirul..bestnye anta..insyaAllah dpt nih..huhu

aishah_ai said...

Apasal susah ye konye wan.nasib la..Interview den sonang yo. Apa pendapat kamu tentang penggunaan kalimah Allah dalam bible. Punya pulun sampai lambat sampai tempat interview. Tu je soklan yg paling mencabarnyer. Kalau Allah kata dapat akan dapat jugak. Kalau Allah kata NO.tak kan terjadi walau hebat macam mana pun kita menjawabnya. Allahu Akbar. Yang penting Usaha+ Tawakal. Sunantullah+Syariatullah

Post a Comment