Sunday, May 15, 2011

AYUH BERJUANG!!!!!!!!!!

  Hati bercampur baur,gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke Jordan.Memang satu impian yang telah sekian lama aku pendam sejak menjejakkan kaki alam sekolah menengah lagi.Namu begitu aku juga sedih  kerana terpaksa tinggalkan mak,ayah,keluarga,rumah yang baru nak siap diubahsuai,sahabat-sahabat seperjuangan walaupun nanti akan bertemu Syuk,Yus dan Asyrul…adik angkatku..SMAP Kajang…bumi tercinta…kesenangan dan masa lapang yang ku miliki sekarang..semuanya akan terlipat kemas di memori hidupku buat selamanya.Satu pengorbanan harus dibuat,satu tekad perlu dibulatkan,satu azam yang kukuh perlu dikibarkan di puncak menara demi menggali seberapanya banyak butir mutiara di bumi Jordan..bumi para anbiya'..medan pertempuran para pejuang islam di perang mut'ah…Walaupun hati ini terasa berat sekali namun selepas mengenangkan bagaimana ilmuwan dahulu berjuang habis-habisan,berhijrah ke pelosok dunia semata-mata untuk mencari cahaya makrifah, fikiran matangku mula berbicara…
     Dan mulai saat ini,aku mula sedar aku bukan budak kecil yang masih bertatih  mengharapkan penjagaan ibu bapa,aku sudah 18 tahun..dan aku mengerti bahawa  tanggungjawab berat sebagai hamba Allah serta khalifah terpikul berat di bahuku..aku perlu berhijrah untuk mendapatkan pengalaman dan berdikari untuk menjadi manusia yang lebih baik..Aku perlu sumbang sesuatu untuk agama,bangsa dan negaraku..dan langkah pertamanya adalah dengan menuntut ilmu…Sesungguhnya rasulullah pernah meriwayatkan bahawa menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim..dan banyak sekali pepatah yang mengungkapkan bahawa  tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad dan tuntutlah ilmu sehingga ke Negara cina….Ini sudah membuktikan bahawa menutut ilmu adalah sesuatu yang utama dalam islam……
   Salah satu benda yang membuat jiwaku mantap adalah selepas membaca sebuah novel hasil karya a.fuadi iaitu negeri 5 menara…cubalah baca..penuh dengan kesedaran dan mampu meningkatkan semangat sebagai anak muda yang berjuang demi ilmu keluar dari kawasan tempat tinggalnya merantau di negeri orang…cubalah hayati kata mutiara daripada imam syafie yang aku dapat peroleh daripada buku ini…..

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman,
Tinggallah negerimu dan merantaulah ke negara orang …
Merantaulah ,kau akan dapat pengganti daripada kerabat dan kawan…
Berlelah-lelahlah,manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan,
Jika mengalir menjadi jernih,jika tidak,akan keruh menggenang…
Singa jika tidak meninggalkan sarang tidak akan mendapat mangsa..
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tidak akan kena sasaran..
Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam,
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang…
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang..
Kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan..
Wahai teman,
Bersabarlah dan Ikhlaslah dalam setiap perbuatan..
Terus meneruslah berbuat baik,ketika di kampong dan perantauan…
Bersabarlah menyongsong musibah yang terjadi dalam waktu yang mengalir..
Sungguh dalam sabar ada pintu kejayaan dan impian akan tercapai..
Jangan cari kemuliaanmu di kampong kelahiranmu..
Sungguh kemuliaan itu ada dalam perantauan pada usia muda..
Singsingkan lengan baju dan bersungguhlah mengejar impian..
Sebab kemuliaan tidak akan dapt diraih dengan kemalasan..
Oleh itu…..
AYUH BERJUANG!!!!!!!!!!!

Saturday, May 7, 2011

Nanti...Satu Bencana.

BARANG SIAPA YANG MENANAM BENIH ‘NANTI’ AKAN TUMBUH SEBUAH TANAMAN YANG BERNAMA ‘MUDAH-MUDAHAN’ YANG MEMILIKI BUAH NAMANYA ‘SEANDAINYA’,YANG RASANYA ADALAH ‘KEGAGALAN DAN PENYESALAN”
    Hari ini tidak dapat disangkal lagi merupakan zaman paling mencabar buat golongan al-syabab.Jika dahulu hanya radio jadi peneman.tetapi kini skrin tv pula mencabar iman.Bukan hanya itu,internet kini sudah menjengah pintu dunia dan membuka satu lembaran baru buat generasi muda.Dunia pada hari ini  seolah-olah terletak pada jari kita sendiri sama ada untuk kearah kebaikan mahupun keburukan.Dengan lambakan filem dan laman porno,majalah-majalah sosial,rancangan hiburan di pasaran ,membuatkan golongan al-syabab ini sering terlalai dan leka dengan suasana hedonisme yang tercemar.Sungguh hebat dugaan yang diterima namun berkat kesabaran dan ketekunan,berbekalkan kekuatan akidah dan iman ,Insya-Allah generasi ini mampu diselamatkan.
      Hari ini jari bergerak ,otak berfikir ,memilih topik terbaik untuk dikongsi buat pedoman dan pengajaran.Mauduknya ringkas tapi awas jangan diabaikan kerna ia bisa menjadi racun kepda diri anda sendiri.Saya sering mendengar alasan-alasan retorik yang sering direka oleh masyarakat kita.Apabila bertanya bilakah mahu solat???mereka menjawab nantilah …panjang lagi waktu….sedangkan nyawa kita tidak  tentu bila masanya akan melayang pergi..Kenapa tak puasa ??..dengan slumber mereka berkata nantilah bila sampai masa, puasalah sedangkan persoalan mula timbul adakah masih ada lagi masa untuk kita berpuasa??? Kenapa tidak pergi haji???..dengan alas an  remeh mereka membalas..tak cukup duit lagi la bang,nantilah!!!..sedangkan kita lihat hidupnya penuh dengan kemewahan…Alangkah malangnya bagi golongan yang sering menggunakan istilah nanti ini..
    Disebutkan oleh Ibnu Mubarak dalam kitab Az-Zuhd bahawa ada sebahagian ulama’ tabi’in yang mengungkapkan,”Ketika sakaratul maut datang,kata-kata ‘nanti’ pasti akan membuat kalian menyesal.”
    Situasi  ini memang biasa berlaku dikalangan diri kita sendiri termasuklah diri saya,apabila kerja rumah diberikan oleh cikgu ,kita akan mengungkapkan perkataan’nanti’,apabila kita disuruh mengemas bilik atau rumah oleh ibu kita,kita akan juga menggunakan helah’nanti’..apabila kita disuruh oleh ayah kita untuk pergi ke kedai, kita akan berpura-pura sibuk dan berkata ‘nanti kejap’..Berapa banyak alasan  yang mahu diberikan..Jangan kita menjadi golongan yang suka bertangguh !!!!Jangan kita menjadi pencuri masa…masa itu sesungguhnya laksana pedang yang bisa memotong kita andai kita lambat atau leka untuk memotongnya….
   Ayuh semua..kita buang istilah nanti dalam hidup kita…Guna masa yang ada sebaiknya…dan ingatlah pesanan agung daripada pemimpin terulung sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w..:
“ADA DUA NIKMAT YANG KEBANYAKAN ORANG TERTIPU KERANANYA IAITU KESIHATAN YANG BAIK DAN MASA LAPANG.”
Oleh itu berhati-hatilah dengan dua benda ini dan manfaatkan setiap hembusan nafas yang diberikan oleh tuhan kepada kita….kerna dunia ini sementara..
Menurut sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi:
“PADA HARI KIAMAT ,KEDUA KAKI SEORANG HAMBA TIDAK AKAN BERGESER,SEBELUM IA DITANYA:TENTANG UMUR,UNTUK APA DIHABISKAN ;TENTANG ILMU,UNTUK APA IA GUNAKAN;TENTANG HARTA,DARI MANA IA PEROLEH DAN UNTUK APA IA BELANJAKAN;DAN TENTANG BADANNYA,UNTUK APA IA GUNAKAN.”
Awas wahai manusia!!!!adakah anda sudah melaksanakan segala perintahnya??? Atau meninggalkan segala larangannya??? Jika belum lakukanlah sekarang..jangan gunakan istilah nanti takut-takut anda tidak sempat untuk melakukannya.Jika nyawa sudah dihujung halkum amat malang bagi anda untuk melafazkan kata-kata taubat pada tuhan…

Wednesday, May 4, 2011

Di Mana Letaknya Kasih..


           Rintikan renyai-renyai hujan di luar sudah pun kering,langit sudah pun puas menangis ,pepohon hijau riang menari sambil dipuput bayu yang berhembus lembut.Pelangi  pula tidak mahu ketinggalan menceriakan suasana.Sungguh indah fatamorgana tuhan.Petang itu jua,satu perbualan penting bakal berlaku di antara seorang guru lama yang sudah dimamah usia bersama anak muridnya yang kini sudah bergelar seorang pakar bedah terkemuka.Mereka sudah lama terpisah namun takdir dan masa menemukan mereka.Namun suasana sudah tidak seindah dulu,kini gurunya sudah tidak bermaya di atas katil usangnya.Membilang bilah-bilah hari tamatnya usia.Ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama anak muridnya yang dicintai sebelum nyawa terbang bersama memori-memori indah yang sudah terlakar….
“Wahai anak muridku,lama kita tidak berjumpa….ku harap pertemuan ini bakal menjadi satu lagi detik-detik indah kita bersama.Mungkin ini merupakan pertemuan  terakhir kita kerna aku tidak tahu bila tuhan akan memanggil aku…Doktor sudah mengesahkan bahawa penyakit ku ini tiada penawar Cuma saat kematiannya sahaja boleh ditangguhkan masanya melalui ubat-ubatan yang diberikan…..Cuma sebelum melelapkan mata aku ingin berkongsi rasa dan pengalaman bersama anak muridku yang ku cintai agar menjadi pedoman kepada anda..”
“Baiklah ‘sifu’…aku sedia mendengarnya..bukankah dahulu jua aku sedia menjadi pendengar yang setia????”…
“Kehidupan ini umpama sebuah perlawanan di antara dua musuh yang saling bermusuhan.Seorang berjuang kerana kecintaanya kepada agama,keluarga serta kekasihnya namun seorang lagi berjuang kerana inginkan kemegahan di mata masyarakat..kamu rasa siapakah akan menang?” tanya guru itu kepada anak muridnya.
“entahlah,saya rasa  kedua-duanya mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan pada hemat saya kedua-duanya ada peluang untuk meraih  kemenangan.”
Guru tua itu tersenyum  bersama seribu kedutan di raut wajahnya yang semakin lesu.”Kasih sayang  akan menang. Kasih sayang sentiasa akan menang.Yusri,mungkin kamu pelik tentang keprihatinan saya pada  orang yang saya tidak kenal,tetapi saya banyak belajar bahawa perkara paling penting dalam hidup adalah belajar bagaimana hendak memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang.”
Dengan separuh berbisik,”Dengar sini anak muridku,biarkan kasih sayang datang.Kita sangka kita tidak layak menerima kasih sayang,kita juga sangka bahawa jika kita menerima kasih sayang kita dianggap lembut.Tetapi seorang ahli pemikir hebat pernah berkata ,’’Kasih sayang adalah satu-satunya perbuatan yang wajar.
Ingat itu wahai anak muridku…Biarlah setinggi mana pangkat kita,jangan sesekali  abaikan kasih sayang,jangan kerana material dan wang ringgit kasih sayang kita gadaikan.Sehingga jiwa kita menjadi terlalu rakus  dalam mengecap segala kemewahan dan kekayaan.Ini boleh menyebabkan jiwa kita gersang dan kosong apabila yang dihajati tidak dikecapi dan dimiliki….Seorang tokoh terkemuka pernah berpesan,Saling sayang-menyayangilah kamu sesama manusia atau hidup ini tidak bermakna lagi……

·         CINTAILAH ALLAH MAKA HIDUPMU SENTIASA BERADA DALAM MAGHFIRAH…
·         CINTAILAH RASUL MAKA KETENANGAN DAN KEBAHAGIAN AKAN MENYUSUL…
·         CINTAILAH IBU BAPA MAKA IA AKAN MEMBAWAMU KE ALAM SYURGA….
·         CINTAILAH SAHABAT MAKA HIDUPMU AKAN BEROLEH BERKAT..
·         CINTAILAH UMMAH MAKA MATLAMATMU AKAN LEBIH TERARAH….
·         CINTAILAH KECEMERLANGAN MAKA KAMU AKAN DAPAT APA YANG KAMU IMPIKAN…

Anak muridnya itu cuba bertanya kepada gurunya bahawa adakah dia sedih akan nasibnya itu….
Dengan tenang gurunya menjawab…”kadang-kadang ,terutama pada sebelah pagi.Itulah masanya saya meratapi nasib diri saya sendiri.Saya akan bersedih apabila menemui anggota badan saya yang sudah tidak berfungsi lagi.Saya meratapi kerana proses kematian yang lambat dan menyeksakan.Tetapi saya sedar bahawa semua orang akan mati..Cuma kekadang kita terlupa bahawa kita akan mati.Dunia sudah pandai menggunakan helahnya untuk memperdayakan manusia yang menyangkakan mereka seolah-olah akan tinggal di dunia ini buat selama-lamanya.Namun selepas itu saya akan berhenti bersedih..”
“Begitu sahaja???”
“Ya,saya akan menangis sepuas-puasnya apabila perlu.Tetapi saya tumpukan kembali kepada nilai-nilai murni yang masih ada dalam kehidupan saya.Kepada orang-orang yang menziarahi saya.Kepada cerita-cerita yang saya lihat dan dengar.Saya tiadak akan membiarkan diri saya bermuram lebih daripada itu.Fikir sejenak pada sebelah pagi dan sedikit air mata,itu sahaja.”
“Guru ,pentingkah diambang pintu maut ini ,guru masih mahu mendengar keluhan dan rintihan orang lain?”tanya anak muridnya.
“Sudah tentu!!!Dengan memberi kepada orang lainlah membuatkan saya merasa hidup.Bukan kereta ataupun rumah saya.Tetapi apabila saya membuatkan orang lain tersenyum setelah mereka bersedih,itulah yang menjadikan saya sihat.Hidup kita ini untuk memberi….Buatlah kebaikan yang datang daripada sekeping hati yang murni..nescaya kamu tidak akan merasa tidak puas hati.Kamu tidak akan merasa iri hati .Sebaliknya kamu akan terpegun dengan apa yang akan datang kepada kamu.”
Sebelum pulang anak muridnya itu sempat memeluk dan mencium pipi gurunya itu dengan penuh keinsafan dan limpahan kasih sayang.Biarpun sudah lama tidak bersua namun ikatan anatara mereka berdua sentiasa mekar kerana ianya dibajai dengan kasih sayang dan dilingkari dengan keikhlasan..
Petang itu,semuanya bergerak perlahan…seolah-olah dunia berhenti seketika..Beburung sayu mengalunkan melodi syahdu..sang pawana pula asyik membelai-belai lembut pepohon rendang …dan bumi seolah-olah terpaku dengan kata-kata seorang murabbi kepada anak muridnya..Semuanya menjadi saksi detik terakhir,kalam terakhir,nasihat terakhir,daripada seorang guru kepada anak muridnya yang dicintai…Oleh itu hargailah pengorbanan seorang guru yang persis hayatnya seperti sebatang lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain….

‘PENGARUH SEORANG GURU ADALAH ABADI,DIA TIDAK AKAN TAHU BILA PENGARUHNYA AKAN BERAKHIR….’