Sunday, February 27, 2011

Pengajaran Dalam Ujian...

    Aku teringat kata-kata sahabatku Syukri ketika aku bersedih,Amirul,Allah turunkan petir dan hujan kemudian Allah hiaskan langit dengan keindahan pelangi...kekadang apa yang kita suka x baik untuk kita,tetapi apa yang kite x  suka itulah hakikatnye yg baik untuk kite...terima kasih sahabatku atas nasihat itu.
    Waktu zaman kanak-kanak dahulu sewaktu aku ditimpa demam panas ,aku merasakan yang Allah x sayangkan aku lagi,namun akak aku pernah berpesan itu adalah sebagai penghapus dosa aku sebenarnya supaya tidak mendapat azab yang lebih pedih di hari akhirat kelak.Namun sesekali hati ini kekadang memberontak tika ditimpa berbagai masalah dalam hidup aku terutamanya apabila menginjakkan kaki di sekolah menengah...tiada ibuku untuk aku mencurahkan perasaan hanya Allah tempat ku beradu..... manik-manik kaca dari kelopak mataku ini sesekali mengalah tika dahi mencecah tikar sejadah di hening malam ketika ramai manusia tertidur..aku mengadu kepada pencipta kenapa kau timpakan aku berbagai musibah????Astaghfirullahalazim,Amirul kenapa kau menyalahkan takdir tuhan???kenapa kau tidak bersyukur????Tika itu aku teringat satu baris ayat dalam al-mathurat yang menjadi amalanku sejak di smap kajang..iaitu Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....Lantas terus aku menginsafi diriku yang hanya sebagai hamba cuba melawan takdir tuhan...
    Ada tiga sebab Allah menguji hambanya:
  1. Kifarah-ujian untuk orang baik yang berbuat jahat supaya dengan ujian itu dapat memberi peringatan kepadanya.
  2. Bala-ujian keatas orang yang berbuat jahat seperti mana sejarah pernah menghikayatkan Firaun yang ditenggelamkan di laut merah,Namrud yang dibunuh nyamuk dan Qarun yang ditelan bumi.
  3. Ibtila'-Ujian keatas orang baik yang berbuat baik supaya terbukti keimanannya kepada Allah seperti yang terjadi kepada Bilal bin Rabbah dan Sumayyah yang memperjuangkan syahadahnya.
 
    Seorang ahli hikmah,Ibn Ataillah Akandari pernah berkata,"barangsiapa yg menyangka sifat kasih sayang Alllah terpisah dalam takdirnya,maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."Tegasnya,menurut beliau apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatan pahit.
     .Allah berfirman mafhumnya ,Apakah kamu mengira akan masuk syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu,iaitu mereka ditim pa kesengsaraan dan kemelaratan sehingga Rasul dan orang2x yg beriman bersamanya merintih,"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"
       Tuntasnya,wahai insan jangan kau sedih atas musibah kerna terselitnya seribu hikmah...Apakah manusia mengira,ia akan dibiarkan sahaja,mengatakan kami telah beriman,sedangkan mereka belum diuji???? Kata bijak pandai ,"IT IS NOT WHAT HAPPENS TO YOU,BUT IT'S WHAT YOU DO ABOUT IT.IT IS NOT HOW LOW YOU FALL BUT HOW HIGH YOU BOUNCE BACK!!!!!!
      Ayuh!!!! usah mengeluh atas ujian jadiakan ia sebagai pengajaran......

3 comments:

♥sophie♥ said...

benar la ape yg awk ckp kt atas nie.,..semua ada hikmah...kita kena bersyukur dgn ape yg kita ada.. mmg hidup tak kn pernah sempurna :)

Syukri Rauf said...

ade name ana la... hehehe... ingat yek mirul... disaat kita sedih atau gembira... Allah adalah sebaik2 pendamping... smile always~

Drpd sahabatmu : Syukri Rauf.... : )

zafirah said...

nice post..terima kasih banyak2...sangat membantu dan memberi motivasi...
yosh!!!

Post a Comment