Monday, February 21, 2011

Alangkah Manisnya Berukhwah....

    Sudah lama aku tidak menceritakan cerita hati yang bersarang dalam relung batinku ini..maaflah diri ini berhijrah sebentar ke bumi Iran demi menjelajah daratan tuhan yang maha luas untuk melihat budaya dan meningkatkan makrifah di dalam dada...Kali ini izinkan hati ini berbicara tentang satu benda yang ku rasa amat ku rindui ketika ini iaitu ukhwahfillah....
    Memang indah seindah garisan pelangi senja di ufuk langit,sungguh manis semanis madu lebah yang mencecah lidah,sesungguhnya ukhwah sememangnya dituntut dalam islam kerana ia merupakan jalinan akidah yang mempertautkan umat islam antara satu sama lain,merupakan satu titian yang menghubungkan antara hati mereka dan merupakan ikatan iman yang paling erat seperti mana sabda Rasulullah,'IKATAN IMAN YANG PALING KUAT IALAH KASIH SAYANG KERANA ALLAH DAN MARAH KERANA ALLAH'
  
        Ana merasakan x perlu diri ini berpanjang lebar menghurai betapa manisnya berukhwah,sebaiknya diri anda sendiri merasainya kerna tak cuba maka tak tahu,tak kenal maka tak cinta....Cuma di sini ana hanya inginkan selitkan bait-bait indah serta kalam indah daripada dua sumber utama iaitu Quran dan Sunnah buat penyucian jiwa yang semakin gersang dek dahagakan ilmu seperti ana....

1.Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan Allah akan memberikannya rezeki seorang teman sejati yang saleh.Seandainya beliau lupa temannya itu akan memperingatkan dan apabila temannya itu memperingatkannya beliau akan menolongnya.(hadis)

2. Sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dalam usaha untuk menunaikan keperluannya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjidku ini selama dua bulan.(hadis)

3. Siapa yang melapangkan seorang muslim daripada satu kesusahan dunia Allah akan melapangkannya daripada satu kesusahan akhirat.Siapa yang memberi kemudahan kepada orang berkepayahan Allah akan memberikannya kemudahan di dunia dan akhirat.Siapa yang menjaga rahsia seorang muslim di dunia ,Allah akan menjaga rahsianya di dunia dan akhirat.Allah akan menolong hambanya selagi hambanya itu menolong saudaranya.(hadis)

4. Jngan kamu memandang rendah sebarang kebaikan walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis(hadis)

5.Berpeganglah kamu kepda tali-tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.(ayatulquran)

6.Hendaklah kamu saling memberi hadiah,kelak kamu akan berkasih sayang dan akan hilang permusuhan(hadis)

Kesimpulannya,ayuhlah kawan berukwah!!! kerana alangkah manisnya ukwah atas nama Allah...

1 comments:

Elegant Daisy said...

salam berukhwah

Post a Comment