Sepanjang kaki
ini cuba menapak dari bumi Malaysia lagi ku cuba menahan sebak di dada, cuba ku
sorokkan air mata demi berjuang di jalanmu. Si hamba yang kerdil ini sudah
tentu rindukan keluarganya.Bantula dia tega dengan pendiriannya.Sudah tentu
ridukan sahabat sefikrah . Bimbinglah dia bernaung di bawah maghfirah.Langakah
ku atur satu demi satu dalam meniti titian ilmu yang menuntut segala kudrat dan
keringat terutama di negara asing. Lautan duka dan duka terpaksa ku tempuh tanpa keluarga berada di
sisi, Cuma rakan se’Irbid’ menemani. Mereka ibarat keluarga besar di sini.
Mentor-mentorku sangat baik-baik memberi tanpa diminta mahupun terpaksa ,dengan
hati yang rela mereka membantu adik-adik baru
mereka selesa dalam semua keadaan.Sama ada dari sudut kewangan,penempatan
mahupun makanan…..Perut ku rasanya sudah
puas menikmati makanan free….Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada
mereka….munkin suatu hari nanti aku akan berada di tempat mereka…dan ingin ku
taburkan jasa dan bakti kepada adik-adik aku pula….Biar mereka belajar erti
ukhwah sebenar dalam konteks saudara seislam yang saling bantu-membantu, perlu
memerlukan……
Hari-hari awalku
di sini banyak yang aku perolehi dan pelajari…….Aku mula berjinak-jinak
melembutkan lidah melayu ini bertutur dalam bahasa arab, lafaz salam salah satu
caranya. Kemudian, ku belajar erti berdikari…..semuanya perlu diuruskan …..dari
urusan kewangan hinggalah bahagian penempatan. Dalam situasi ini aku mengerti
satu perkara yang jarang aku mampu aku lakukan jika masih di bawah jagaan ibu
bapa iatu konsep ‘perlu’ dan ‘hendak’. Dengan sumber kewangan yang terhad
barulah kita cuba memahami erti syukur…….Aku sekarang hanya berada di sebuah bilik
kosong bertemankan sebuah tilam buat lelapkan mata…..Benar-benar seperti
pelarian di negara orang……Disebabkan duit MARA masih belum ku peroleh aku akan
terus begini buat sementara dan cuba
mendalami dan menyelami erti syukur itu……Alhamdulillah masih ada tempat
berteduh ……
“Kegagalan di tengah perjalanan bermula daripada kesilapan di tititik
permulaan”.
Akhir kata , kepada semua ahli keluargaku,sahabat-sahabat yang mengenali diriku…doakan aku selamat di bawah perlindungannya….Ajal maut di tangan tuhan maka kita tidak boleh melawan takdirnya….Moga-moga aku dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki (harta,ilmu,akhlak).Harapnya keberadaanku di sini janganlah seperti pepatah melayu menghabiskan boreh kerajaan sahaja. Tekad ku tanam ,Usaha ku semai…moga-moga hasilnya baik jua dan mampu meberi manfaat kepada orang lain. Kita merancang, Allah jua merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Jangan salahkan takdir…cuba tingkatkan zikir….agar kita menjadi ahli fikir…yang bertakwa di jalannya. Kenangku dalam doamu……
0 comments:
Post a Comment