Wednesday, August 24, 2011

Bila Hati Berbicara...





Bila hati berbicara,
Tiada siapa  bisa menyangkal,
Kerna ia datang dari lubuk keikhlasan,
Terus menempuh ke gerbang atma dan akal,
Tanpa sebarang sempadan dan halangan.

Bila hati berbicara,
Bermulalah titian suci perhubungan,
Hinggap bersama sebuah kecintaan,
Buat yang dikasihi dan disayangi,
Lalu disemai benih-benih mahabbah,
Melingkar indah di dahan ukhwahfillah,
Moga-moga kesetiaan terus terpatri,
Hingga menyusuri  ke syurga nan abadi.

Bila hati berbicara,
Hati sekeras kerikil mampu dihakis,
Hati sekotor lumut  mampu ditangkis,
Hingga detik tiada lagi dusta,
Bertapak di muka dunia.

Bila hati berbicara,
Jendela kebenaran dikau singkap,
Sirna segala keji dan perangkap,
Dusta berkalang terhapus dan lenyap,
Menjadi debu-debu berterbangan,
Hilang bersama bayu di awanan.
Bila hati berbicara,
Selalunya ia bukan pura-pura,
Mungkin suatu kebiasaan akan berubah,
Kearah dimensi logika minda,
Ini bukan angan-angan mahupun khayalan,
Namun bisa  menjelma di bumi nyata.

Wahai insan percayalah dengan hati anda….
Ia tidak berkata namun mampu berbicara…….


1 comments:

dEsTiNi HiDuP said...

bila hati kau berbicara :) amat mendalam dan akan mengerti maksudnya... hehe

Post a Comment