Wednesday, August 24, 2011

Bila Hati Berbicara...





Bila hati berbicara,
Tiada siapa  bisa menyangkal,
Kerna ia datang dari lubuk keikhlasan,
Terus menempuh ke gerbang atma dan akal,
Tanpa sebarang sempadan dan halangan.

Bila hati berbicara,
Bermulalah titian suci perhubungan,
Hinggap bersama sebuah kecintaan,
Buat yang dikasihi dan disayangi,
Lalu disemai benih-benih mahabbah,
Melingkar indah di dahan ukhwahfillah,
Moga-moga kesetiaan terus terpatri,
Hingga menyusuri  ke syurga nan abadi.

Bila hati berbicara,
Hati sekeras kerikil mampu dihakis,
Hati sekotor lumut  mampu ditangkis,
Hingga detik tiada lagi dusta,
Bertapak di muka dunia.

Bila hati berbicara,
Jendela kebenaran dikau singkap,
Sirna segala keji dan perangkap,
Dusta berkalang terhapus dan lenyap,
Menjadi debu-debu berterbangan,
Hilang bersama bayu di awanan.
Bila hati berbicara,
Selalunya ia bukan pura-pura,
Mungkin suatu kebiasaan akan berubah,
Kearah dimensi logika minda,
Ini bukan angan-angan mahupun khayalan,
Namun bisa  menjelma di bumi nyata.

Wahai insan percayalah dengan hati anda….
Ia tidak berkata namun mampu berbicara…….


Thursday, August 11, 2011

Kasih Sayang by Raihan


Wednesday, August 10, 2011

KASIH SAYANG

    Alhamdulillah baru-baru ini dapat aku menjejakkan kaki kembali ke bumi tarbiyahku. Rindu sangat suasana puasa di sana. Walaupun dalam waktu yang singkat kepuasannya terasa.....Cuma di sini aku tertarik dengan bait-bait lagu daripada kumpulan raihan yang bertajuk kasih sayang...Moga-moga dengan lirik ini mampu kita menyemai perasaan kasih sayang antara sesama kita... Kepada sahabat-sahabat, guru-guru, adik-adik biarlah kita berkasih sayang kerana Allah kerana dengannya Insya-Allah perhubungan kita lebih berkekalan...Semoga ukhwah kita terus berkekalan hingga ke syurga.....Insya-Allah, Ukhwahfillah abadan abada!!!!!!

Kasih sayang itu adalah titi,
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu adalah tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana....

p/s :Doakanlah orang-orang yang kita sayangi .......moga-moga dia selamat di bawah redhonya....