Wednesday, July 27, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

"Allahumma Ballighna Ramadhan......Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan " 

Beberapa hari lagi menjelang tibalah bulan Ramadhan. Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan ? Ini yang perlu kita teliti dan fahami............

 Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga.....Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar……

Sudah tentu bagi si abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan. Manakan tidak ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya. Di kala zaman Rasulullah  seorang sahabat bertanya : “Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya”. (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua’b al-Iman: 3450) 

Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknya sering lalai dan lupa. Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa……Kita dapat lihat sendiri di negara kita ini…..Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan. Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman namun tidur yang diimpikan. Namun di sini sebenarnya saya ingin katakan bukan semuanya masyarakat Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi …inilah yang terjadi......

Jika begitu dimana kemeriahan Ramadhan ? Di mana keindahan nya? Adakah ia terletak pada makanan …Atau ganjaran pahalanya? Ayuh kita fikirkan bersama………
  
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun…Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti….Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja?? Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya ,bukan?….Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan  kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari…kita tidak tahu detik bila  kematian kita …Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita………Ayuh jangan lepaskannya!!!!!!!!!!

Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.

Pertama, awasi dirimu agar sentiasa  menjaga perkara wajib dan fardhu. Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman. Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.

Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat. Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan . Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah. Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai  bualan  dan amalkan sedekah yang berterusan.

Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerna ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulumu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik…Janganlah kalian pelik….kerna ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.


Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalannya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti  lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan. 

Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang  masih buta akal dan mata hatinya…..Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala …Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan…Andai kita mengkaji kita akan mengerti…semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai…MENGAPA MASIH ADA MANUSIA YANG MENDUSTAKAN??????





Di bulan yang berkah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar….Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah…Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar  namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Moga-moga artikel ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan…Alangkah indahnya Ramadhan jika begini……..


Saturday, July 9, 2011

Musafirku Di Bumi Iran......



     Sudah lama dah x update blog.Berhabuk bersawang dah blog aku ni. Setelah bergelar sisiwi ni terasa pula kesibukannya. Walaupun tidak dikongkong seperti di sekolah menengah dulu tapi nampaknya urusan kali ini lebih berat.Kau perlu belajar untuk lebih berdikari.Jika dulu jadual harian sudah ditetapkan tapikini bergantung pada imansama ada ingin memilih jalan kebaikan atau keburukan.Jika dulu semua disuapkan tapi kini kau sendiri yang buat kajian. Tapi tak pelah semakin besar semakin hebat cabarannya, semakin tua semakin banyak pengalamannya .Yang penting jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Kali ini entri aku berkisar pengalaman hidupku selama aku berada di bumi Iran.Dah lama dah sebenarnya akupergi Iran tapi baru hari ini tergerak untuk berkongsi cerita dan pengalaman.
Bumi Iran dikenali sebagai Negara syiah.Dan buat pengetahuan semua seorang pemikir hebat dan bapa perubatan Islam iaitu IbnSina atau dikenali sebagai Aviccena juga pernah tinggal di situ. Jadi sememangnya kembara aku di bumi Iran ini membuka satu lembaran baru buat diriku.

Tanggal 12 Februari
Tanggal 12 Februari aku tiba di bumi Iran.Setibanya di Airport aku sudah dapat merasa hembusan bayunya yang menghembus lembut sehingga menggigit tulang belulangku iaitu cuaca ketika itu sekitar 6 darjah celcius.Selepas itu kami terus bergerak menaiki sebuah coaster ke Dizin. Buat pengetahuan semua Dizin merupakan sebuah pergunungan yang diselaputi oleh ais dan merupakan satu destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi andai anda berkunjung ke bumi Iran. Sepanjang perjalanan aku dapat melihat panorama yang begitu mempesonakan terutamanya buat pertama kalinya aku dapat melihatdengan mata kasaraku sendiri keputihan salju yang hanya aku pernah lihat di kaca televisyen.Istimewanya perjalananaku kali ini adalah kerana ketika dalam perjalanan salji turun dari langit seolah-olah gula kapas menaburi permukaan bumi. Sebenarnya situasi ini jarang-jarang berlaku dan kami antara golongan yang bertuah.Pada hari yang pertama kami tidak banyak melakukan aktiviti kerana cuaca amat sejuk dan masih lagi berasa keletihan selepas perjalanan yang panjang. Pada hari itu kami lebih banyak menghabiskan masa dengan sesi fotografi.


13 Februari 2011
belajar main ski
gambar ramai-ramai
anak buah aku-damia
anak buah aku-ayuni
Buat pertama kalinya aku belajar bermain ski.Satu permainan yang agak meletihkan bagiku.Walaupun agak sukar untuk mengawalnya tetapi sangat seronok!!!! Apapun mungkin ini adalah kali pertama dan yang terakhir aku bermain ski….Namun malangnya biarpun keletihan pada malamnya, mataku sukar untuk dilelapkan. Hal ini disebabkan oleh tekanan udara yang sangat rendah yang menyebabkan aku sukar untuk bernafas.

14 Februari 2011
ini snowmannye
Hari ini cuaca tidak sesejuk biasa namun masih terasa kedinginannya. Pada petang hari aku melayan kerenah anak buahku yang beria-ia untuk membuat‘snowman’.Walaupun padawaktu itu sudah pukul 4.30 p.m menandakan cuaca semakin sejuk.Akhirnya berbekalkan kesabaran kami Berjaya juga menyiapkan snowman yang tidaklah secantik mana namun terasa kepuasannya.Dan hari ini adalah hari terakhirku di Dizin. Esok aku akan menjelajah ke negeri Esfahan pula.

15 Februari 2011
-jambatan khurji-
jambatan pada waktu malam
Aku menujuke Esfahan pada hari ini.Sepanjang perjalanan ku menghayati dan terpesona dek keindahan gunung-ganang dan aliransungai yang diciptakan tuhan.Kami bergerak ke Esfahan menaiki pesawat yang berlepas dari ibu negara Iran iaitu Tehran.Setibanya kami di airport Esfahan kami terus disambut mesra oleh pemandu pelancong kami di sini iatitu pakcik Zahedi.Tanpa berlengah kami terus menuju kedestinasi perlancongan pertama iaitu monumen yang direka dan dicipta kira-kira 1000 tahun yang lalu.Corak binaan dan rekaan monument itu melambangkan Iran yang sebenar.Seterusnya kami bergerak pula kejambatan khurji yang bermaksud jambatan kaya. Kebetulan pada waktu itu delegasi dari Turki yang diketuai oleh perdana menterinya iaitu Abdullah Gul telah tiba di situ.Disebabkan itu kami tersekat dalam kesesakan jalan raya.Tepat jam 7.00 petang kami tiba di apartment kami.Besar sungguh.Sebelum melelapkan mata ,aku sempat berjalan-jalan sekitar Bandar Esfahan untuk membeli makanan(kebab turkey). 

16 Februari 2011
imam square
palace Abbas
Satu hari suntuk aku berjalan melawat Bandar Esfahan yang kaya dengan tradisi dan sejarahnya yang tersendiri.Banyak monumen-monumen dan tinggalan sejarah yang dapatdilihat seperti Imem square dan Palace Abbas .Kami juga sempat melihat kebun-kebun buah disitu dan sempat mendengar penerangan tentang karpet yang sememangnya terkenal di Iran. Hari ini adalah hari terakhirku di Esfahan selepas ini aku akan berkunjung ke ibu negeri Iran iaitu Tehran.

17 Februari 2011
-masjid utama orang syiah-
Satu perjalanan yang panjang. Kali ini kami bergerak ke Tehran dengan hanya menggunakan van kerana kami ingin sebentar di dua buah Bandar di Iran iaitu Kashan dan Qom. Amat bosan melihat sekeliling yang hanya terdapat padang pasir sangatberbeza dengan Malaysia yang penuh dengan warna kehijauan.Di Kashan kami dapat melihat rumah lama orang Iran manakala di Qom pula kami dapat pergi ke masjid yang merupakan bagi orang Iran sebagai tempat ibadah yang utama selain Makkah. Di situ kami dapat melihat bagaimana orang syiah bersembahyang dan cara mereka melawat kuburFatima(pelik).Satu lagi setiap perumpaan yang masuk mesti memakai sekurang-kurangnya selendang sebagai penutup kepala dan orang yang bukan beragama islam tidak boleh masuk ke kawasan ini. Selepas berjam-jam berjalan akhirnya sampai juga kami di bumi Tehran.

18 Februari 2011
di depan palace
Hari ini adalah hari terakhirku di negara Iran.Di Tehran kami hanya dapat melawat dua tempat sahaja selainya dihabiskan dengan bershopping.Tehran sangat sesak bagiku.Apapun pengalaman baru di bumi Iran ini benar-benar membuka satu pandangan baru aku terhadap negara Iran.Namun walaupun aku berasa seronok tapi aku dapat merasakan Malaysia lebih bes!!!! Benarlah pepatah melayu ada mengatakan hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. I LOVE MALAYSIA……..