Sunday, February 27, 2011

Pengajaran Dalam Ujian...

    Aku teringat kata-kata sahabatku Syukri ketika aku bersedih,Amirul,Allah turunkan petir dan hujan kemudian Allah hiaskan langit dengan keindahan pelangi...kekadang apa yang kita suka x baik untuk kita,tetapi apa yang kite x  suka itulah hakikatnye yg baik untuk kite...terima kasih sahabatku atas nasihat itu.
    Waktu zaman kanak-kanak dahulu sewaktu aku ditimpa demam panas ,aku merasakan yang Allah x sayangkan aku lagi,namun akak aku pernah berpesan itu adalah sebagai penghapus dosa aku sebenarnya supaya tidak mendapat azab yang lebih pedih di hari akhirat kelak.Namun sesekali hati ini kekadang memberontak tika ditimpa berbagai masalah dalam hidup aku terutamanya apabila menginjakkan kaki di sekolah menengah...tiada ibuku untuk aku mencurahkan perasaan hanya Allah tempat ku beradu..... manik-manik kaca dari kelopak mataku ini sesekali mengalah tika dahi mencecah tikar sejadah di hening malam ketika ramai manusia tertidur..aku mengadu kepada pencipta kenapa kau timpakan aku berbagai musibah????Astaghfirullahalazim,Amirul kenapa kau menyalahkan takdir tuhan???kenapa kau tidak bersyukur????Tika itu aku teringat satu baris ayat dalam al-mathurat yang menjadi amalanku sejak di smap kajang..iaitu Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....Lantas terus aku menginsafi diriku yang hanya sebagai hamba cuba melawan takdir tuhan...
    Ada tiga sebab Allah menguji hambanya:
  1. Kifarah-ujian untuk orang baik yang berbuat jahat supaya dengan ujian itu dapat memberi peringatan kepadanya.
  2. Bala-ujian keatas orang yang berbuat jahat seperti mana sejarah pernah menghikayatkan Firaun yang ditenggelamkan di laut merah,Namrud yang dibunuh nyamuk dan Qarun yang ditelan bumi.
  3. Ibtila'-Ujian keatas orang baik yang berbuat baik supaya terbukti keimanannya kepada Allah seperti yang terjadi kepada Bilal bin Rabbah dan Sumayyah yang memperjuangkan syahadahnya.
 

Monday, February 21, 2011

Alangkah Manisnya Berukhwah....

    Sudah lama aku tidak menceritakan cerita hati yang bersarang dalam relung batinku ini..maaflah diri ini berhijrah sebentar ke bumi Iran demi menjelajah daratan tuhan yang maha luas untuk melihat budaya dan meningkatkan makrifah di dalam dada...Kali ini izinkan hati ini berbicara tentang satu benda yang ku rasa amat ku rindui ketika ini iaitu ukhwahfillah....
    Memang indah seindah garisan pelangi senja di ufuk langit,sungguh manis semanis madu lebah yang mencecah lidah,sesungguhnya ukhwah sememangnya dituntut dalam islam kerana ia merupakan jalinan akidah yang mempertautkan umat islam antara satu sama lain,merupakan satu titian yang menghubungkan antara hati mereka dan merupakan ikatan iman yang paling erat seperti mana sabda Rasulullah,'IKATAN IMAN YANG PALING KUAT IALAH KASIH SAYANG KERANA ALLAH DAN MARAH KERANA ALLAH'
  

Thursday, February 10, 2011

Mulakanlah....

   Tika ku duduk bersendirian di tepi jendela otakku ligat berfikir mencari dan menerokai solusi terbaik untuk mengelakkan diri dan membina kubu ampuh daripada panahan sang iblis dan sekutunya syaitan . Namun jika aku hanya menatap keindahan fatamorgana sahaja sudah tentu sukar untuk aku mencari jalan keluar bagi permasalahan ku ini.Lantas aku merasakan dengan membaca sudah tentu aku mampu mencari titik penyelesaiannya...Sedang aku meneliti buku-buku dirumahku...tiba-tiba aku terlihat sebuah buku yang bertajuk APA ERTINYA SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM...Tanpa berfikir panjang aku mengambil buku itu dan menghempaskan badanku ini di atas kamar katilku yang empuk...lalu membelek satu persatu muka suratnya...Akhirnya aku berhasil menemui kunci bagi permasalahan ku  ini...Rupa-rupanya dengan hanya satu kalimah kita mampu melakukannya..

Tuesday, February 8, 2011

Cahaya Makrifah

       Hari ini cuaca agak sayu.Ini kali kedua deraian hujan membasahi bumi Kuwait..Memang kat sini jarang hujan klu hujan hujan pun bole dikira dengan jari.X macam kat Malaysia sekarang, hujan turun dengan lebat sehingga ada beberapa negeri banjir.Sebenarnya aku x perasan pun hari hujan,tengok2x aku kuar dari umah tengok jalan basah...pas 2 aku sampai lewat sikit kat masjid waktu 2 solat maghrib rakaat last...aku pun ikut je la .slps solat maghrib tiba2x..........

Tuesday, February 1, 2011

Cintailah Kerana Allah......



Sungguh cinta itu amat indah namun sering ianya dihiasi dengan perbuatan maksiat sehinggkan mahkota yang harus dipertahankan tergadai dek kerakusan nafsu liar yang tidak dikawal.Cinta itu adalah fitrah manusia yang hidup sayang-menyayangi tapi awas perlu berlandaskan syariat islam agar tidak terlajak haluan......