Thursday, February 10, 2011

Mulakanlah....

   Tika ku duduk bersendirian di tepi jendela otakku ligat berfikir mencari dan menerokai solusi terbaik untuk mengelakkan diri dan membina kubu ampuh daripada panahan sang iblis dan sekutunya syaitan . Namun jika aku hanya menatap keindahan fatamorgana sahaja sudah tentu sukar untuk aku mencari jalan keluar bagi permasalahan ku ini.Lantas aku merasakan dengan membaca sudah tentu aku mampu mencari titik penyelesaiannya...Sedang aku meneliti buku-buku dirumahku...tiba-tiba aku terlihat sebuah buku yang bertajuk APA ERTINYA SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM...Tanpa berfikir panjang aku mengambil buku itu dan menghempaskan badanku ini di atas kamar katilku yang empuk...lalu membelek satu persatu muka suratnya...Akhirnya aku berhasil menemui kunci bagi permasalahan ku  ini...Rupa-rupanya dengan hanya satu kalimah kita mampu melakukannya..
 Kalimah itu adalah lafaz basmallah....Sesungguhnya,Abu Hurairah pernah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang mukmin telah bertemu dengan syaitan bagi orang-orang kafir.Tiba-tiba kedapatan bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan gemuk muntal,sedangkan syaitan bagi orang mukmin itu kurus kering dan dalam keadaan dukacita,lantas syaitan orang kafir itu bertanya kepada syaitan orang mukmin,"hai,kawan!!!mengapa aku tengok badanmu sungguh kering dan wajahmu kelihatan sugul",syaitan orang mukmin itu pun  menjawab,"aku mendampingi seorang pemuda untuk mendampinginya.Apabila pemuda itu hendak mula menjamah makanan, dia akan menyebut nama Allah,jadi aku terus lapar.Apabila pemuda itu minum, dia akan menyebut nama Allah,jadi tekakku terus kehausan.Apabila beliau memakai pakaian dia akan menyebut nama Allah,dengan itu aku terus bertelanjang.Apabila dia memakai minyak rambut dia menyebut nama Allah,dengan itu rambut aku kering dan kusut-masai.Syaitan orang kafir itu menjawab,"Tetapi aku mendampingi dengan seorang pemuda yang tidak melakukan sedikitpun daripada apa yang kau sebutkan itu.Oleh itu aku berkongsi dengannya makanan,minuman, dan pakaiannya,"
     Oleh itu rakan dan taulan, rupa-rupanya caranya amat mudah iaitu dengan hanya memulakan segala amal perbuatanmu dengan lafaz BASMALLAH... INSYA-ALLAH dirimu akan dilindungi tuhan...

0 comments:

Post a Comment